Krimer Sejat
Krimer sejat adalah pilihan susu rendah lemak tidak bergula yang sesuai untuk menggantikan susu pekat manis. Ia boleh digunakan untuk membuat teh si yang sedap dan juga untuk menambahkan perisa minuman sejuk dan menyegarkan seperti air bandung. Krimer sejat juga sesuai untuk ais kacang, kek dan puding kesukaan anda.

Dengan sedikit initiatif, anda akan mendapati yang krimer sejat juga boleh digunakan secara kreatif sebagai penambah perisa bagi pelbagai resepi tempatan. Cubakan ia hari ini!

Dutch Lady memasarkan Completa sebagai jenama krimer sejatnya.

Terdapat di dalam tin 410gm
Cara menyimpan Simpan di dalam peti sejuk setelah dibuka
Nota Krimer sejat tidak sesuai untuk bayi

Krimer Manis
Krimer manis (juga dikenali sebagai susu pekat manis) telah lama digunakan oleh rakyat Malaysia sebagai penambah perisa segera bagi minuman panas seperti kopi dan teh.  Ia juga sedap diratakan di atas roti. Bagi mereka yang suka mencuba, krimer manis boleh dijadikan bahan di dalam resepi manisan, atau di dalam snek kesukaan ramai seperti gula-gula kelapa dan fudge coklat.

Dutch Lady memasarkan dua jenama krimer manis di Malaysia: Completa dan Omela.

Terdapat di dalam tin 505gm
Cara menyimpan Simpan di dalam peti sejuk setelah dibuka
Nota Krimer sejat tidak sesuai untuk bayi