ENG version

 
 
 
Berkembang dengan Dutch Lady


Potensi. Kita mencarinya. Kita memupuknya.
Dutch Lady Milk Industries Berhad, "Pakar Tenusu Malaysia," adalah sebahagian daripada Royal Friesland Foods, sebuah syarikat multinasional berpusat di Belanda dan terkemuka di dunia dalam industri tenusu dan pengeluaran barangan makanan pengguna. Bermula sebagai pengimport susu manis, Dutch Lady Milk Industries Berhad telah berkembang di pasaran tempatan sejak 50 tahun lalu. Hari ini Dutch Lady ialah jenama utama yang dikenali di seluruh Malaysia. Dutch Lady menawarkan pelbagai jenis produk tenusu untuk segenap lapisan pengguna.

Mengetahui bakat dan membina kerjaya
Moto kami "Hidup sihat penuh semangat!" bukan saja kami amalkan terhadap pelanggan kami tetapi juga terhadap diri kami sendiri. Dutch Lady adalah tempat yang sesuai untuk anda sekiranya anda bersedia untuk menghadapi cabaran baru dan memulakan satu kerjaya yang mempunyai masa depan yang cerah.

Di Dutch Lady, kami sentiasa mencari individu yang bersemangat tinggi, mempunyai inspirasi baru serta dapat melihat situasi menerusi sudut yang baru. Pekerja kami amat bermotivasi dan berupaya menggunakan kebolehan mereka untuk terus maju dan bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan lain. Kami menghargai kepentingan sumber manusia kami dan kami komited untuk membantu mereka untuk terus maju.

Kenapa Dutch Lady?
Kami berupaya memberikan lebih banyak perhatian kepada anda berbanding majikan lain kerana fokus syarikat ini adalah pada sumber manusianya. Anda boleh menimba ilmu dan pengalaman mengenai pengeluaran dan pemasaran produk yang telah mempengaruhi kehidupan pelbagai lapisan masyarakat. Sama ada kebolehan anda berasaskan kemahiran interpersonal ataupun pentafsiran data, syarikat kami menawarkan jawatan dengan pelbagai darjah tanggungjawab dan tugasan yang bersesuaian dengan kemampuan anda. Hari ini, 600 pekerja di Dutch Lady telah menemui suasana kerja yang bersemangat, rakan sekerja yang mudah berinteraksi, mempunyai inisiatif dan ingin belajar.