ENG version

 
 
Memperkenalkan Dutch Lady

Sejak turun temurun kami di Dutch Lady Milk Industries mempunyai komitmen untuk membekalkan produk tenusu dan produk pemakanan bayi yang berkualiti tinggi ke seluruh negara. Kini Dutch Lady adalah antara tiga pengilang produk tenusu yang terunggul di Malaysia.

Generasi demi generasi di Malaysia telah membesar dengan produk-produk tenusu Dutch Lady. Masihkah anda ingat akan susu kotak Coklat Dutch Lady UHT yang sering dibawa ke sekolah untuk waktu rehat? Pengguna muda bagi generasi baru hari ini mempunyai banyak pilihan dengan adanya rangkaian produk susu yang meluas untuk keperluan tumbesaran mereka. Dutch Lady 123 dan 456 bukan sahaja diperkaya dengan DHA, tetapi juga boleh didapati dalam perisa vanila, madu dan coklat!

Pada awal operasi, Dutch Lady memulakan perniagaannya sebagai pengilang susu pekat manis. Kini rangkaian produk Dutch Lady Milk Industries semakin meluas dari rumusan bayi dan susu untuk membesar sehinggalah jus buah-buahan dan yogurt. Setiap inovasi produk dalam rangkaian rumusan susu bayi dan kanak-kanak yang berkembang pesat disokong oleh kaji selidik tempatan dan antarabangsa yang terperinci. Royal FrieslandCampina, iaitu syarikat induk kami di Belanda, sentiasa melaburkan dana dalam usaha kaji selidik untuk meningkatkan pemakanan si manja anda ke tahap yang lebih tinggi.

Rangkaian produk Dutch Lady bukan sahaja setakat produk popular seperti Dutch Lady UHT Milk atau Dutch Lady 123. Antara produk lain dari syarikat kami yang mungkin anda telah pun nikmati semasa waktu rehat di tempat kerja atau sebagai pencuci mulut di restauran kegemaran anda - termasuklah jus buah-buahan JOY, MooJooz dan Yogurt Rendah Lemak Dutch Lady. Produk seperti Yogurt dan Moojooz melambangkan usaha tekad kami di Dutch Lady untuk sentiasa meningkatkan rangkaian pilihan produk tenusu untuk dinikmati anda seisi keluarga.

Dengan penghasilan produk-produk berkualiti yang dirumuskan khas untuk memenuhi citarasa anda, Dutch Lady telah menjadi peneraju dan salah satu jenama produk tenusu yang paling dipercayai di seluruh pelosok negara. Sila terus membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana Dutch Lady telah berkembang bersama rakyat dan negara Malaysia sejak 50 tahun yang lalu.