| |
|
|
| |
 |
Selamat datang ke laman web Dutch Lady. Terima kasih kerana melayari laman web kami, saya berharap ia memberikan anda maklumat menarik dan bermanfaat. Saya yakin anda akan mendapat pengalaman berinspirasi dari jenama kami.
Adalah menjadi keutamaan kami untuk memastikan yang pelanggan-pelanggan kami sentiasa berpuas-hati. Sebagai salah satu jenama terunggul di dalam industri tenusu, kami sentiasa membuat inovasi bagi mempertingkatkan mutu produk yang sedia ada sambil memperkenalkan produk baru yang boleh memanfaatkan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia.
Salah satu produk yang dimaksudkan ialah Susu Untuk Membesar Dutch Lady 123 dan 456 untuk kanak-kanak 1 hingga 6 tahun. Rangkaian produk ini mengandungi semua nutrien penting yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk permulaan yang cemerlang. Bukan itu saja, terdapat juga Susu UHT Dutch Lady untuk kanak-kanak, peneraju pasaran di dalam kategorinya; Dutch Lady Iced Latte untuk golongan muda-mudi; dan rangkaian produk 0% Lemak Dutch Lady yang terdiri dari Minuman Yogurt 0% Lemak dan Yogurt Cawan 0% Lemak untuk pengguna-pengguna yang mengutamakan makanan kesihatan.
Komitmen kami untuk sentiasa memenuhi piawaian industri telah memberikan kami pengiktirafan terulung ISO 9001:2000 dan ISO 14001:2004. Kata tema kami ‘Get ready for life!’ (Hidup sihat penuh semangat!) melambangkan citarasa dan khasiat terbaik dalam produk kami yang menggalakkan cara hidup yang aktif dan cergas serta tabiat pemakan yang baik.
Kami bukan saja mementingkan kualiti produk, malah kami juga mengambil bahagian mengacarakan aktiviti-aktiviti keluarga dan projek-projek komuniti. Teruskan melayari laman web kami untuk mendapatkan perkembangan terkini. Saya berharap semoga Dutch Lady, sentiasa menjadi jenama pilihan anda.
Bas van den Berg
Pengarah Urusan
|
|