| |
>>
Kebaikan Susu
|
| |
Saya bimbang tentang tahap gula
dalam Susu Untuk Membesar anak saya
1. Saya tidak tahu bahawa Susu
Untuk Membesar perlu memiliki gula. Mengapa?
Pertama sekali, kita perlu memahami bahawa
kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan sumber tenaga
untuk membantu mereka membesar. Sumber utama tenaga adalah
karbohidrat dan lemak. Karbohidrat sangat penting, kerana
ia merupakan sumber utama tenaga yang diperlukan untuk pertumbuhan
yang baik dan perkembangan tubuh dan otak, terutama untuk
pertumbuhan kanak-kanak.
Gula adalah jenis karbohidrat. Susu yang merupakan produk
alami dengan sendirinya mengandungi gula yang dikenali sebagai
laktosa. Gula (laktosa) inilah dalam susu yang membantu anak
anda untuk membesar. Oleh itu, semua Susu Untuk Membesar akan
mengandungi beberapa bentuk gula .
2. Beritahu saya tentang gula
dalam Susu Untuk Membesar Dutch Lady.
Di Dutch Lady Malaysia, kami telah membangunkan
formula seimbang yang optimum untuk pertumbuhan kanak-kanak
di Malaysia. Semua produk susu Susu Untuk Membesar Dutch Lady
mematuhi sepenuhnya piawaian dalam deraf Susu Tepung Diformulasi
untuk Kanak-kanak Malaysia, Cadangan Pengambilan Nutrisi Malaysia
(RNI) 2005 dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) 2003 yang
disyorkan.
Ada dua jenis gula yang paling sering ditemui dalam tepung
Susu Untuk Membesar pertama, gula alami dalam susu yang disebut
laktosa. Kedua, gula tambahan dari gula tumbuhan semulajadi.
Susu Untuk Membesar Dutch Lady mengandungi kombinasi laktosa
dan tambahan gula tumbuh-tumbuhan. Ini kerana, di Dutch Lady
Malaysia kami selalu berusaha untuk membangunkan produk-produk
Susu Untuk Membesar yang dapat membantu menyambung jurang
nutrisi kanak-kanak. Dengan memberikan Susu Untuk Membesar
yang optimum dan berkhasiat seimbang digabungkan dengan makanan
sehari-hari yang sihat, ini akan membantu anak anda untuk
mencapai diet nutrisi seimbang yang penting untuk mereka membesar
3. Jadi, mengapa Dutch Lady perlu
memiliki 'gula tambahan' dalam tepung Susu Untuk Membesar ?
Susu Untuk Membesar Dutch Lady adalah direka
secara nutrisi menggunakan kombinasi gula alami dalam susu
iaitu laktosa dan juga ditambah gula tumbuhan alami supaya
nisbah semulajadi laktosa dalam susu dapat dikekalkan. Berdasarkan
kajian bertahun-tahun, kami dapati bahawa adalah penting untuk
Susu Untuk Membesar kami dirumuskan secara optimum. Penyelidikan
kami mendedahkan bahawa produk-produk yang tidak dirumuskan
secara optimum, contohnya dengan laktosa tinggi tidak dapat
diterima oleh kanak-kanak Malaysia. Sebilangan kanak-kanak
yang mengambil susu laktosa tinggi boleh mendapat komplikasi
seperti cirit-birit, kembung (kerana terlalu banyak angin/gas)
kesan dari ketidakmampuan tubuh mereka untuk memetabolikkan
laktosa berlebihan.
4. Saya prihatin tentang kadar
pengambilan gula anak saya dari tepung Susu Untuk Membesar.
Bagaimana kadar gula dalam Susu Untuk Membesar Dutch Lady berbanding
dengan jenama lain yang mendakwa 'tiada gula’tambahan?
Susu Untuk Membesar Dutch Lady mempunyai
antara 15% hingga 32% kurang jumlah gula (pada setiap 100g
susu tepung) berbanding jenama yang mendakwa 'tiada gula tambahan’.
Bahkan, kadar gula dalam Susu Untuk Membesar Dutch Lady adalah
mengikut Cadangan Pengambilan Nutrisi Malaysia (RNI) 2005,
serta dalam Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) 2003 yang disyorkan.
Lactosa dan ‘gula tambahan’
dalam bentuk alami dari gula tumbuh-tumbuhan, semuanya
adalah gula.
Jumlah gula dalam produk Susu
Untuk Membesar Dutch Lady adalah lebihkurang 15% hingga
32% kurang (tiap 100gm susu tepung) dari jenama lain
yang mengakui bahawa mereka ‘tiada gula tambahan’.
|

5. Saya membaca bahawa beberapa
jenama yang mendakwa bahawa mereka 'tidak mempunyai ‘gula
tambahan’ mengatakan bahawa jenama lain seperti Dutch
Lady mempunyai banyak ' gula tambahan ' di dalam Susu Untuk
Membesar mereka dan ini tidak sihat untuk anak saya. Adakah
ini benar?
Jenama Susu Untuk Membesar yang mengaku bahawa “tidak
ada gula tambahan” hanya berbicara tentang ‘gula
tambahan’ (yang kami jelaskan ianya adalah gula tumbuh-tumbuhan).
Namun, mereka tidak berbicara tentang kadar jumlah gula keseluruhan
dalam susu mereka. Ibubapa harus melihat pada kadar jumlah
gula dalam Susu Untuk Membesar anak mereka.
Jumlah gula merangkumi kedua-duanya, gula alami dalam susu
iaitu laktosa dan gula tumbuhan alami yang ditambah. Walaupun
produk Susu Untuk Membesar Dutch Lady telah menambah gula
tumbuhan alami di dalam Susu Untuk Membesar kami, tepung Susu
Untuk Membesar kami memiliki jumlah kadar gula yang jauh lebih
rendah berbanding dengan jenama yang mendakwa bahawa mereka
'tidak menambah.
6. Adakah anak saya mendapat
terlalu banyak gula dari Susu Untuk Membesar Dutch Lady?
Yakinlah bahawa anak anda tidak mendapat terlalu banyak gula
dari Susu Untuk Membesar Dutch Lady kerana semua produk Susu
Untuk Membesar kami dibuat mematuhi sepenuhnya piawaian dalam
deraf Susu Tepung Formula untuk kanak-kanak, Malaysia RNI
2005 dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO ) 2003 yang disyorkan.
7. Dalam hal pengambilan gula,
apa yang saya harus benar-benar prihatin?
Kami memahami bahawa ibu bapa bimbang tentang
kesan pengambilan gula yang berlebihan dalam diet anak anda
yang boleh menyebabkan kerosakan gigi, obesiti dan diabetes.
Jika anda bimbang tentang hal ini, selain memastikan bahawa
anak anda meminimumkan pengambilan makanan tinggi kadar gula
atau makanan ringan seperti coklat yang sesekali diambil,
anda juga akan perlu melihat tahap jumlah gula pada Susu Untuk
Membesar anak anda dan tidak tahap gula tambahan.
Tidak ada perbezaan dalam nilai kalori antara laktosa dan
gula alami tambahan lain.
8. Saya temui di laman sesawang
di Malaysia yang menyediakan model untuk mengira gula dengan
melihat pada kadar Karbohidrat dari Susu Untuk Membesar dalam
maklumat nutrisi. Ketika saya memasukkan kandungan karbohidrat
dalam Susu Untuk Membesar Dutch Lady, produk anda mempunyai
7 hingga 10 sudu teh gula tambahan. Tolong jelaskan.
Kami tidak bebas/boleh menjelaskan bagaimana
laman sesawang tersebut membuat kiraan mereka. Kami percaya
bahawa secara fakta mungkin kaedah pengiraan tersebut mengelirukan
pihak pengguna.
Cuma yang kami ingin jelaskan di sini bahawa dari segi kadar
jumlah gula, Susu Untuk Membesar Dutch Lady memiliki antara
15% hingga 32% kurang jumlah gula (pada 100g serbuk susu)
berbanding jenama yang mendakwa 'tiada gula tambahan’.
9. Adakah Dutch Lady merancang
untuk mengurangkan gula tambahan dalam produk Susu Untuk Membesar?
Kami yakin bahawa gula tambahan semulajadi
dari tumbuh-tumbuhan dalam Susu Untuk Membesar kami diperlukan
untuk memastikan formulasi seimbang yang optimum supaya ia
memberikan karbohidrat secukupnya (sumber tenaga) untuk anak
yang sedang membesar. Tahap jumlah gula dalam Susu Untuk Membesar
kami tidak berlebihan. Ianya juga dalam Cadangan Pengambilan
Nutrisi Malaysia (RNI) 2005 dan Pertubuhan Kesihatan Dunia
(WHO) 2003 disyorkan.
|
|
|