Anda sentiasa mempunyai persoalan yang bermain-main di fikiran mengenai pemakanan yang betul bagi bayi dan keluarga anda dengan produk tenusu? Usah bimbang, anda bukan bersendirian! Kami di Dutch Lady telah bertanya kepada beberapa ibu mengenai pertanyaan dan kebimbangan mereka berhubung dengan pemakanan bayi dan keluarga secara keseluruhan. Kini kami kongsikan 10 Soalan Lazim bersertakan jawapannya.

Sila baca kerana soalan anda mungkin tergolong antara soalan ini!



 



     

     
     
     
     
     
     


Susu tidak sepatutnya dicairkan untuk memastikan anak anda mendapat khasiat maksimum daripada susu tersebut. Adalah disarankan supaya anda memberi air tambahan kepada anak anda di antara waktu makan.
Anda tidak semestinya membuat pertukaran ini ketika usia anak anda tepat 12 bulan. Susu membesar kadangkala diperkenalkan lebih awal - dan kadangkala lebih lewat - daripada usia 12 bulan. Ia lebih banyak bergantung kepada kanak-kanak itu, keperluannya, keadaan dan tentu sekali, nasihat ahli pediatrik anda.
UHT adalah proses yang menggunakan suhu tidak kurang daripada 135°C selama sekurang-kurangnya 2 saat untuk membunuh semua bakteria di dalam susu. Susu itu kemudiannya dibungkus di dalam persekitaran yang steril. Ia boleh disimpan selama 10 bulan pada suhu bilik jika pek itu belum dibuka.

Susu pasteur diproses pada suhu tidak kurang daripada 73°C selama sekurang-kurangnya 15 saat, kemudian dengan segera diturunkan ke 4 oC dan dikekalkan pada suhu tersebut sehingga ia digunakan (minum). Ia hanya membunuh bakteria patogen (bakteria yang menyebabkan penyakit). Oleh itu, susu pasteur hendaklah disejukkan pada setiap masa (walaupun belum dibuka) dan hayat simpannya pendek (4 minggu).

Susu steril dirawat dengan pemanasan pada suhu tidak kurang daripada 100°C untuk suatu tempoh tertentu. Oleh sebab ia menggunakan pembungkusan dalam botol, rawatan tambahan botol diperlukan demi memastikan keadaan steril produk tersebut. Ini membolehkan susu steril boleh disimpan selama 8 bulan (jika belum dibuka) pada suhu bilik

Semua susu cecair mempunyai kebaikan dan memberi khasiat yang sama untuk memenuhi keperluan pembesaran. Pilihan anda bergantung kepada faktor seperti mudah dibawa, citarasa anda dan cara penyimpanan.
Walaupun penyediaan dengan air sejuk tidak memudaratkan rumusan susu, ia lebih disyorkan agar arahan penggunaan diikuti, yakni, penyediaan dengan air suam. Apabila rumusan disediakan dengan air sejuk, susu tepungnya mungkin tidak larut dengan sempurna.
Anak anda boleh terus memimum susu DL456 kerana ia amalan yang baik untuk menggalakkannya meminum susu. Walaubagaimanapun, susu bukan lagi sumber nutrien/makanan utamanya kerana pada umur ini, anak anda perlu makan pelbagai jenis makanan pejal. Susu menjadi makanan tambahan penting untuk anak anda bagi menyediakan nutrien penting yang mungkin tidak cukup di dalam makanan hariannya. Anak anda perlu minum 2-3 gelas susu DL456 setiap hari. Tiada had umur bagi anak anda terus mengambil susu DL456. Sebagai alternatif, anda juga boleh menyediakan Susu UHT Dutch Lady untuknya.
Anda perlu terus menyediakan formula susulan dan makanan pejal/separa pejal yang anda patut sediakan untuk bayi anda. Terdapat sedikit perbezaan dari segi nutrisi pada kedua-dua susu tepung (formula susulan & DL123). Formula susulan disediakan untuk bayi berumur di antara 6 – 18 bulan (Dutch Lady Langkah 2). Oleh itu, ia lebih sesuai untuk bayi anda yang berumur 10 bulan. Sekiranya anda ingin memberi sokongan kepada susu DL123 kami, anda boleh menyediakannya kepada anak anda apabila dia berumur 1 tahun kelak.
Secara amnya, anda disarankan meminum 3 gelas susu setiap hari. Dutch Lady mempunyai berbagai jenis pilihan susu dalam pelbagai perisa untuk anda nikmati pada masa yang berbeza setiap hari. Sebagai contoh, anda boleh minum Susu Penuh Krim atau Rendah Lemak untuk sarapan pagi, Susu Coklat atau Strawberi pada waktu tengahari dan susu Penuh Krim suam sebelum tidur. Jangan lupa, anda juga perlu makan makanan lain bagi memenuhi keperluan nutrisi anda.