Keluarga yang bermain bersama juga mempunyai ikatan kekeluargaan yang erat. Perkara paling penting yang boleh diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka ialah kasih-sayang dan perhatian. Anda tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk barang permainan. Apa yang anda perlu adalah benda-benda mudah yang boleh didapati di dalam rumah berserta sedikit imaginasi. Gunakan benda-benda yang boleh dikitar semula untuk menggalakkan kitar semula.
Permainan Botol Susu
Usah dibuang kotak-kotak dan botol-botol susu Dutch Lady yang sudah kosong. Potong lubang berbentuk empat segi pada kotak karton bagi membentuk pintu dan tingkap. Botol-botol pula boleh dijadikan pin boling – anak anda hanya perlu mendapatkan sebiji bola untuk dilontar menjadi bola boling!
Rumah buat sendiri
Adakah anda mempunyai banyak kotak kadbod untuk dikitar semula? Sebelum anda menghantarnya ke pusat kitar semula, tukarkan satu daripadanya menjadi rumah setinggi 5 kaki dengan pintu dan tingkap yang telah di potong cantik. Anak-anak anda boleh bergilir-gilir menjadi penghantar susu sambil meninggalkan sebotol susu Dutch Lady di hadapan pintu! Cara yang menyeronokkan untuk menggalakkan daya imaginasi mereka!
Dram tin susu
Tin susu Dutch Lady 123 dan 456 boleh dijadikan dram. Berikan anak-anak anda tin plastic atau enamel dari pelbagai saiz untuk mendapatkan bunyi yang berbeza. Anda kini mempunyai kugiran kanak-kanak di rumah!
Khemah Kerusi
Ambil dua kerusi dan letak sejauh 2 meter antara satu sama lain. Kemudian ambil selimut dan tutup kedua-dua kerusi tersebut untuk membentuk sebuah khemah. Untuk menambahkan lagi suasana berkhemah, dapatkan beberapa barang seperti cawan enamel, pinggan plastic, sudu, garpu, lampu dan lampu suluh.
Main jual-jual
Kanak-kanak biasanya suka bermain olok-olok seperti bermain kedai kopi. Mudah saja, keluarkan minuman Dutch Lady – susu dan yogurt, dari almari dapur anda. Anda boleh berlakon sebagai pelanggan dan membuat tempahan segelas dua minuman. Apabila tempahan anda sampai, berikan wang kepada anak anda, sepertimana yang dilakukan oleh pelanggan di kedai-kedai kopi biasa. Bergilir-gilirlah memegang pelbagai watak dengan anak anda supaya dia dapat belajar pelbagai situasi yang berbeza. |