Menjalani kehidupan yang sihat bukan perlu dihadkan hanya dengan latihan di gim atau berjoging di taman sahaja. Bersenam, seperti yoga, juga boleh menjadi satu terapi yang menjadikan minda kita peka sambil membantu menjaga susuk tubuh kita agar langsing sentiasa. Satu lagi cara untuk kekal sihat ialah dengan meminum yogurt untuk perut yang sihat. Bagi mereka yang menjaga pengambilan kalori, rangkaian produk Dutch Lady 0% Lemak adalah pilihan yang terbaik, ia mempunyai pelbagai perisa buah-buahan, boleh didapati di dalam bentuk yogurt atau minuman yogurt.
Yoga
Yoga semakin popular terutamanya di kalangan warga muda yang berkerja berikutan gaya hidup yang semakin sibuk. Ia menggunakan pendekatan nurani yang memulih kesihatan kita, mengurangkan tekanan dan menenangkan fikiran. Yang lebih menariknya, yoga juga mempunyai ciri-ciri pemulihan dan awet muda.
Ciri-ciri pemulihan
Yoga boleh membantu membina ketahanan badan dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit dari asma sehinggalah penyakit jantung, insomnia, rheumatisma, tekanan dan penyakit kulit. Banyak kajian menunjukkan yang yoga juga boleh membantu mengawal fungsi dalam badan seperti tekanan darah, suhu badan, degupan jantung, kata metabolisasi dan fungsi pernafasan.
Mengawal kesakitan
Teknik bernafas yang digunakan dalam yoga boleh membantu mengurangkan kesakitan. Ketika kita menghela nafas, otot-otot kita akan berada di dalam keadaan rehat dan ini membantu meredakan tekanan di dalam badan kita, lalu membawa rasa tenang. Selain daripada pernafasan, meditasi juga digunakan untuk mencapai tahap yang sama.
Kepekaan diri
Yoga juga membantu kita menumpukan perhatian kepada membina kepekaan diri, dari segi fizikal dan psikologikal. Ini membolehkan ahli yoga membuat aksi yang terkumpul seperti menukar kedudukan apabila rasa tidak selesa. Lebih daripada itu, yoga juga melatih kita menangani tekanan dengan lebih baik, dengan mengatasi perasaan tertekan dan tidak upaya yang sangat negatif.
Prestasi mental
Teknik yang biasa digunakan oleh yoga ialah pernafasan melalui satu lubang pernafasan pada satu-satu masa. Kajian electrocephalogram menunjukkan yang teknik yang unik ini menyebabkan peningkatan aktiviti di dalam otak. Pakar-pakar yang lain ada mencadangkan yang latihan pernafasan sebegini boleh membantu otak kanan dan otak kiri berkomunikasi dengan lebih baik.
Ciri-ciri awet muda
Menurut filosofi yoga, keanjalan tulang belakanglah yang menentukan umur seseorang itu, bukannya jumlah umur. Yoga mengurangkan proses penuaan dengan menjadikan tulang belakang lebih anjal, menegangkan kulit dan otot-otot lengan, memperbaiki struktur badan, mengurangkan kedut…dan berbagai-bagai lagi.
|