
Dutch Lady
Purefarm
Pernahkah terlintas di fikiran anda bagaimana kami menghasilkan susu yang bukan sahaja lazat tetapi juga berkhasiat? Di sini kami akan menunjukkan kepada anda bagaimana kepakaran tenusu Belanda kami selama 140 tahun membantu kami menghasilkan susu yang lazat dan berkualiti.
Anda bukan sahaja akan belajar bagaimana susu boleh membantu anda membesar dan mengekalkan kesihatan anda, malah anda dapat melalui pengalaman seperti di ladang.
Jadi, jom lihat bagaimana kami menghasilkan susu ini.

Cerita dan warisan kami
Kami diasaskan oleh gabungan keluarga peladang yang mempunya azam dan matlamat yang sama iaitu untuk menghasilkan susu yang lebih baik.
140 tahun telah berlalu dan tidak banyak yang berubah. Walaupun kami mempunyai teknologi yang lebih maju, tetapi kami masih beroperasi sebagai sebuah koperasi yang dikendalikan oleh keluarga di mana peladang dan susu yang dihasilkan adalah nadi kepada apa yang kami lakukan.
Klik di sini seterusnya dan anda akan bertemu sebahagian daripada keluarga peladang kami.

Membina Keluarga yang kukuh
Membina keluarga yang kuat adalah asas kepada kepada apa yang kami lakukan. Kami mahu membina hubungan yang rapat dengan orang yang kami sayangi dan memastikan anak-anak kami membesar tinggi dan kuat.
Inilah sebabnya mengapa kami hasilkan susu yang penuh dengan nutrien, vitamin dan menggalakkan anak-anak bermain di luar rumah. Tetapi itu bukan semua yang kami lakukan.
Ketahui lebih lanjut bagaimana kami boleh membantu anda membina keluarga yang kuat.









