Bersenam dan bermain di luar rumah

Apa yang diperlukan oleh kanak – kanak dalam memenuhi pemakanan yang seimbang adalah aktiviti yang menarik. Kami telah mencadangkan beberapa jenis sukan dan permainan yang mampu memastikan anak anda kekal aktif dan bersenam bersama keluarga. Dalam masa yang sama, ini juga mampu membina potensi sebenar mereka dari segi fizikal dan mental.

Permainan tradisi untuk seisi keluarga

Luangkan masa bersama keluarga dengan bermain permainan tradisi yang pernah anda lakukan semasa zaman kanak-kanak.

Permainan tenteng

Permainan tradisi yang terkenal di seluruh pelusuk dunia, tenteng sangat terkenal di kalangan kanak-kanak yang mampu untuk meningkatkan daya keseimbangan badan.

  • Lukiskan sebuah diagram (seperti gambar di sebelah) dengan menggunakan kapur.
  • Pemain pertama perlu melambungkan penanda (batu, duit syiling atau batu seremban) ke dalam kotak yang pertama. Penanda perlu jatuh tepat ke dalam kotak tanpa menyentuh garisan atau melantun keluar. Pemain kemudian perlu melompat sehingga ke kawasan penanda berada.
  • Pemain perlu melompat dari satu kotak ke kotak yang lain dengan menggunakan sebelah kaki sahaja. Bagi kotak yang mempunyai dua bahagian, pemain perlu melompat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki dan kaki perlulah mencecah kawasan dalam kotak tanpa menyentuh garisan.

Pemakanan yang betul

Aktiviti perlu berjalan seiring dengan amalan diet yang seimbang.Bagi mengatasi masalah kekurangan nutrisi, kami telah mencipta cadangan sajian bagi membantu membekalkan nutrisi penting yang diperlukan oleh anak anda.

Lihat Selanjutnya

kekal sihat bersama

Jom lihat pendapat daripada keluarga sihat dan pakar-pakar tentang amalan diet seimbang dan aktiviti luar rumah yang membantu mereka kekal sihat.

Lihat Selanjutnya