KOMITMEN HALAL KAMI

Produk Dutch Lady adalah disahkan Halal oleh Bahagian Hub Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan diiktiraf Badan Pensijilan Halal Luar Negara dan Pihak Berkuasa.

Proses pengilangan kami menunjukkan pemahaman bahawa makanan dan minuman halal adalah penting kepada setiap pengguna Islam.

Dutch lady Malaysia komited untuk mendukung piawaian Halal dan mengekalkan keyakinan pelanggan dalam setiap barang yang keluar dari kilang Dutch Lady. Sebagai pengilang produk tenusu Halal, pengeluaran kami adalah tertakluk kepada rutin, lawatan tapak yang komprehensif oleh pegawai penguatkuasa JAKIM.

Setiap produk Dutch Lady tertera logo halal rasmi JAKIM. Produk Dutch Lady yang diimport adalah disahkan Halal oleh Badan Pensijilan Halal asal di negara masing-masing yang diiktiraf oleh JAKIM.

Melangkaui pengesahan status halal produk, logo ini menyakinkan pengguna bahawa Dutch Lady Malaysia mematuhi amalan kebersihan yang ketat, daripada kebersihan pekerja dan pemprosesan kepada pengangkutan dan penyimpanan produk.

Ini bagi memastikan reputasi jenama kekal lama dan baik dalam pasaran yang berdaya saing.

DASAR HALAL

Kami mengenalpasti bahawa memelihara kepercayaan dan keyakinan pihak berkepentingan kami adalah amat penting. Salah satu cara kami berazam untuk mengekalkan kepercayaan ini adalah berusaha menurut prinsip- prinsip dan standard yang dinyatakan dalam Dasar Halal Kami:

“Dutch Lady Milk Industries Berhad dan semua kakitangannya komited untuk menyediakan produk halal kepada pengguna dengan mematuhi keperluan halal yang menetapkan standard yang tinggi untuk kebersihan, kualiti, keselamatan dan sanitasi.

Dutch Lady Milk Industries Berhad mempunyai Jawatankuasa Halal dalaman yang bertanggungjawab untuk semua perkara yang berkaitan dengan Halal.

Kami komited untuk mengilang, mengimport, dan mengedar produk yang mematuhi kehendak JAKIM atau lain – lain badan – badan pensijilan Islam yang diiktiraf.

Sebagai premis yang diiktiraf “HALAL” oleh JAKIM, Kami mematuhi syarat – syarat berikut:

  • Amalan Pengilangan Baik
  • Amalan Kebersihan Baik
  • Mematuhi Keperluan Halal untuk makanan di dalam premis syarikat