PEMATUHAN PERATURAN

Dutch Lady Malaysia menghormati undang-undang. Justeru itu, kami sentiasa mematuhi semua obligasi undang-undang yang merangkumi:

  • Mematuhi undang- undang dalam semua bidang organisasi yang beroperasi secara menyeluruh, walaupun undang-undang dan peraturan-peraturan tidak dikuatkuasakan dengan sepenuhnya.
  • Memastikan hubungan dan aktiviti yang dijalankan mematuhi undang-undang yang ditetapkan.
  • Memaklumkan para pekerja mengenai undang-undang dan peraturan-peraturan yang terbaru dan berkaitan serta cara untuk mematuhi,
  • Meneliti dari semasa ke semasa pematuhan undang-undang dan peraturan yang dijalankan, termasuk garis panduan Akta Makanan 1983 dan Peraturan 1985 di Malaysia.

Matlamat kami adalah meningkatkan dan mengekalkan kualiti produk kami dengan memastikan produk makanan yang disediakan dan dihasilkan mematuhi piawaian yang ditetapkan serta menggunakan bahan-bahan yang berkualiti.

Kami komited untuk mematuhi semua undang-undang dan kod amalan yang diluluskan. Oleh itu, kami telah membuat penilaian semula pematuhan undang-undang dan peraturan yang diguna pakai dalam sistem pengurusan yang meliputi bidang kualiti, keselamatan dan Halal.

Kami sentiasa mengetahui undang-undang dalam rangkaian pengawalan terkini dan kami terlibat dengan persatuan-persatuan industri dan keahlian yang lain.

ETIKA DALAM PEMASARAN PRODUK BAYI

Kami percaya susu ibu adalah yang terbaik dan paling semula jadi untuk memastikan kesihatan dan perkembangan bayi secara normal semasa enam bulan pertama seperti saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Susu ibu diiktiraf sebagai piawaian untuk pemakanan bayi dan manfaat kesihatan jangka pendek dan jangka panjang diketahui.

Di Malaysia, Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan adalah selaras dengan saranan WHO dan UNICEF. Kod Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan (Kod Malaysia), ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang menggariskan prosedur etika pemasaran yang berkaitan dengan produk bayi.

Dutch Lady Malaysia adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk meningkatkan kredibiliti industri bagi menyokong pemakanan bayi dan kanak-kanak di negara ini. Kami menyokong semua inisiatif yang menggalakkan dan mendidik orang ramai mengenai faedah penyusuan susu ibu.

Yang paling penting, kami komited kepada pematuhan Tata Etika Malaysia dalam Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan. Bagi menyokong usaha itu, kami telah mewujudkan dasar korporat dan garis panduan untuk pemasaran makanan bayi yang dipanggil “Do’s & Don’t’s” sebagai mematuhi WHO dan kod Kebangsaan serta pemantauan yang berterusan.