STRUKTUR KORPORAT ANTARABANGSA

Syarikat induk Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah Royal FrieslandCampina (RFC), sebuah syarikat yang berpengkalan di Belanda. RFC telah diasaskan secara kolektif oleh keluarga penternak yang bertaraf multinasional yang telah berkembang memberi keuntungan melalui pengeluaran dan penjualan pelbagai produk tenusu serta minuman berasaskan buah – buahan untuk pengguna, golongan profesional dan pengeluar makanan.

RFC telah menyalurkan produk tenusunya kepada jutaan pengguna di 100 buah negara seluruh dunia melalui produk tenusu, keju, mentega dan bahan ramuan. Dengan keajaiban 1001 susu, kami di RFC bercita – cita untuk membantu masyarakat mendapatkan yang terbaik dari khasiat susu. Dengan pengalaman dan komitmen 130 tahun, sebagai syarikat berasaskan secara kolektif (koperasi) kami sentiasa berjalan seiring dan sering membantu antara satu sama lain.

KAMI TERPESONA DENGAN KEAJAIBAN DAN POTENSI SUSU

Susu adalah satu sumber semulajadi yang paling kaya dan penuh dengan kebaikan, namun begitu masih banyak potensi darinya yang perlu dicari. Kami percaya bahawa terdapat banyak lagi potensi dan nilai yang boleh terhasil daripada susu dan kami bersemangat tinggi untuk mencari potensi tersebut. Dengan berbuat demikian, kami berhasrat untuk menjadi syarikat global yang terkemuka, profesional dan mempunyai daya tarikan yang tinggi.

KAMI BERHASRAT UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT TERUS MAJU KEHADAPAN MELALUI KHASIAT SUSU

Semakin ramai masyarakat di seluruh dunia telah beralih kepada susu dan produk tenusu sebagai sumber makanan nutrisi harian. Setiap hari kami membantu kehidupan jutaan pengguna melalui makanan dan minuman yang berasaskan susu demi kepada kesihatan dan gaya hidup sihat.

130 TAHUN KOMITMEN TERHADAP BIDANG TENUSU

Kami diasaskan oleh pertubuhan kolektif (koperasi) dengan keahlian 17,000 penternak dan 22,000 kakitangan yang memainkan peranan dan kepakaran masing-masing di setiap peringkat rantaian tenusu. Kami sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi, menjalankan inovasi, tegas dalam kepimpinan dan berdaya saing dalan keusahawanan serta dalam segala apa yang kami lakukan. Kami memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan pengguna demi pulangan kewangan yang baik untuk semua pihak bertanggungjawab. Pada masa yang sama kami mengekalkan keseimbangan antara alam semulajadi, masyarakat sejagat dan operasi perniagaan agar berjalan seiring.

BERSATU DAN BERGANTUNG ANTARA SATU SAMA LAIN

Kami sentiasa bekerjasama sebagai sebuah pasukan. Kami adalah syarikat multinasional bertaraf antarabangsa yang mempunyai cara kerja tempatan yang kuat dan sentiasa mesra dengan masyarakat tempatan di mana kami beroperasi. Kami menerapkan nilai yang baik bagi anggota koperasi iaitu penternak dan membina budaya percaya mempercayai antara satu sama lain, berintegriti dan berinspirasi.