LEMBAGA PENGARAH & SETIAUSAHA
SYARIKAT DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD

PIAGAM LEMBAGA PENGARAH

Berdasarkan kepada Kod Korporat Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia, Piagam Lembaga menggariskan peranan, fungsi, komposisi, operasi dan proses Lembaga Pengarah, bagi memastikan semua ahli-ahli Lembaga yang bertindak sebagai wakil Syarikat menyedari tugas dan tanggungjawab sebagai ahli Lembaga Pengarah.

Piagam Lembaga telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah dan memerlukan semakan semula oleh Lembaga dari semasa ke semasa, bagi memastikan Syarikat kekal di barisan hadapan dalam amalan tadbir urus korporat.

Muat Turun PDF

Komponen Piagam Lembaga Pengarah adalah seperti berikut:

TLEMBAGA, KOMPOSISI DAN KESEIMBANGANNYA

Lembaga berperanan dalam menerajui dan menguruskan Syarikat dengan efisyen dan bertanggungjawab. Tugas-tugas Lembaga termasuk mewujudkan visi dan misi, falsafah Syarikat, menetapkan matlamat Pengurusan dan memantau prestasi Pengurusan.
Lembaga Pengarah terdiri daripada individu-individu yang berkelayakan dengan belbagai pengalaman, latar belakang dan perspektif. Komposisi dan saiz Lembaga adalah bergantung kepada kemudahan dalam membuat keputusan yang tepat dan kritikal. Untuk memastikan keseimbangan pandangan dalam perbincangan lembaga, Pengarah Bukan Eksekutif adalah majoriti dalam komposisi Lembaga Pengarah.

Pada satu-satu masa, sekurang-kurangnya dua (2) atau satu pertiga (1/3), mengikut mana yang lebih tinggi, ahli-ahli Lembaga Pengarah adalah Pengarah Bebas. Para Pengarah Bebas dapat memberi padangan bebas, pengalaman dan objektif tanpa dipengaruhi oleh operasi. Sesebuah syarikat. Para Pengarah Bebas juga membantu untuk menjaga kepentingan semua pemegang saham, kepentingan sebahagian kecil atau kumpulan tertentu juga harus diambil kira oleh Lembaga berdasarkan isu-isu yang dikemukakan berkaitan dengan objektif dan mendapat pertimbangan oleh Lembaga Pengarah.

Syarikat ini bertujuan untuk memastikan keseimbangan kuasa dan autoriti di antara Pengerusi Bukan Eksekutif dan Pengarah Urusan dengan pembahagian tanggungjawab yang jelas di antara Lembaga Pengarah dan perniagaan Syarikat masing-masing. Jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif dan Pengarah Urusan harus ditakrif dengan jelas.

JAWATANKUASA LEMBAGA

Lembaga melantik Jawatankuasa Lembaga berikut dengan terma rujukan yang spesifik:

Jawatankuasa Audit
– Datin Seri Sunita Mei-Lin Rajakumar (Chairman)
– Dato’ Zainal Abidin Bin Putih
– Dato’ Dr. Rosini Binti Alias
– Tengku Nurul Azian Binti Tengku Shahriman
– Jean Serge Krol

Nominating & Remuneration Committee
– Dato’ Zainal Abidin Bin Putih (Chairman)
– Saw Chooi Lee
– Berndt Kodden
– Tengku Nurul Azian Binti Tengku Shahriman
– Datin Seri Sunita Mei-Lin Rajakumar

Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif memainkan peranan utama dalam jawatankuasa ini. Pengurusan dan pihak ketiga juga boleh membantu apabila dikehendaki. Butiran keahlian dan ringkasan terma rujukan bagi setiap Jawatankuasa yang dilantik oleh Lembaga diterbitkan dalam Laporan Tahunan.

LAPORAN KEWANGAN

Syarikat berhasrat untuk membentangkan penilaian yang jelas dan seimbang mengenai kedudukan kewangan Syarikat dan prospek masa hadapan yang meliputi laporan berkaitan interim dan sensitif harga dan maklumat lain yang diserahkan kepada pihak berkuasa. Pengarah akan memastikan bahawa penyata kewangan yang disediakan dapat memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai status kewangan semasa Syarikat mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan.

Lembaga Pengarah telah mewujudkan pengaturan yang formal dan telus bagi membentangkan laporan kewangan dan prinsip kawalan dalaman akan digunakan untuk menjalin hubungan yang baik dengan Juruaudit Syarikat melalui Jawatankuasa Audit.

Syarikat mempunyai Jabatan Audit Dalaman yang mengkaji secara kritikal semua aspek aktiviti syarikat dan kawalan dalamannya. Audit yang menyeluruh terhadap amalan, prosedur, perbelanjaan dan kawalan dalaman terhadap semua unit perniagaan dan sokongan dilaksanakan secara teratur.