NUTRISI SEIMBANG

Syarikat induk kami, Royal FrieslandCampina N.V meletakkan ini sebagai salah satu daripada empat tunggak agenda tanggungjawab sosial korporatnya sendiri – untuk memastikan makanan berkhasiat yang menvukupi untuk membantu menangani kekurangan zat makanan dan zat nutrien. Di dalam negara, Dutch Lady Malaysia mensasarkan untuk meneruskan usaha kami dalam memernagi obesiti dan kekurangan nutrien dengan memastikan produk kami dihasilkan dengan penuh tanggungjawab, sihat dan boleh didapati dalam pelbagai pilihan dan saiz hidangan.

SEANUTS

Melalui kerjasama unik antara FrieslandCampina dan empat pasukan penyelidikan / universiti antarabangsa, Dutch Lady Malaysia memulakan Kaji Selidik Nutrisi Asia Tenggara (SEANUTS) pada tahun 2009, yang melibatkan empat negara-Malaysia, Indonesia, Vietnam, dan Thailand. SEANUTS adalah kajian nutrisi dan kesihatan yang terbesar dan paling menyeluruh yang pernah dilakukan di Asia Tenggara, di mana 16,744 kanak – kanak yang berumur antara enam bulan dan 12 tahun telah dikaji selidik dalam tempoh empat tahun.

HARI SUSU SEDUNIA

Pada tahun 2008, Dutch Lady Malaysia memulakan kempen tenusu holistik yang membawa kepada Hari Susu Sedunia Dutch Lady yang pertama pada 1 Jun 2008 sehingga hari ini. Kempen ini telah dibangunkan sebagai tindak balas kepada pandangan pengguna yang mendedahkan bahawa walaupun ramai rakyat Malaysia mengakui bahawa susu adalah baik untuk mereka, ia masih tidak dilihat sebagai nutrisi harian sepanjang hayat yang penting.

Sejak itu, pada bulan Jun setiap tahun, Hari Susu Sedunia Dutch Lady sangat dinanti- nantikan yang disambut di seluruh negara. Kempen itu secara konsisten telah menjadi dedikasi khas kepada rakyat Malaysia untuk menggalakkan pengambilan susu, dan mendidik mereka mengenai keajaiban dan kebaikan susu untuk kesihatan seseorang.

PROGRAM SUSU SEKOLAH KEBANGSAAN

Dalam mendukung matlamat kerajaan untuk meningkatkan status nutrisi kanak – kanak di Malaysia, Dutch Lady Malaysia menyertai program susu sekolah pada tahun 2011.

Program susu kebangsaan ini diteruskan dengan Program Susu 1 Malaysia (PS1M), kami meneneruskan penyertaan dalam program untuk membantu menyebarkan kebaikan dan manfaat susu kepada kanak – kanak sekolah, yang akhirnya memperkukuhkan kekuatan kami sebagai pakar dalam nutrisi tenusu.

Pada 24 September 2014, kami meraikan Hari Susu Sekolah Sedunia yang pertama di Malaysia bersama Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Melalui bekerja bersama kerajaan Malaysia, kami menyediakan susu kepada lebih daripada 200,000 kanak – kanak sekolah yang berumur di antara tujuh dan 12 tahun yang terpilih di Kelantan dan Terengganu pada tahun 2013. Dengan sokongan Kementerian Pelajaran, satu siri jerayawara pendidikan telah juga dijalankan untuk mendidik pelajar tentang pengendalian susu yang sewajarnya dan faedah pengambilan susu.