LADANG DAN KOMUNITI

Gabungan keluarga peladang Belanda kami adalah komuniti yang sangat rapat yang mengekalkan nilai-nilai kekeluargaan seperti kebersamaan dan keakraban keluarga. Lagipun ianya bukan sekadar perniagaan, malah ia adalah perniagaan keluarga.

Sebab utama mengapa koperasi ini ditubuhkan adalah untuk kejiranan peladang Belanda membantu satu sama lain. Dengan berbuat demikian, mereka dapatberkembang maju sebagai sebuah komuniti walaupun ketika menghadapi waktu-waktu yang sukar. Hingga hari ini keluarga peladang kami tetap setia pada nilai-nilai yang sama yang telah diasaskan oleh nenek moyang mereka.

Kami berhasrat untuk menyampaikan nilai-nilai yang sama kepada masyarakat peladang di Asia apabila kami berkongsi pengetahuan dan kualiti piawaian Belanda dengan mereka.

Peladang Kolektif

Apa yang menjadikan kami istimewa adalah kami merupakan sebuah koperasi yang dikendalikan oleh peladang untuk peladang. Kesemua 20,000 peladang tenusu kami di Belanda, Belgium dan German mempunyai hak untuk bersuara mengenai bagaimana syarikat dikendalikan dengan wakil-wakil yang duduk di lembaga penyeliaan.

Kami mencipta struktur unik ini untuk membantu membina persekitaran yang stabil untuk keluarga peladang kami. Dengan memastikan mereka dapat menyokong satu sama lain dalam komuniti itu, mereka dapat berdiri lebih teguh, bersatu di atas semangat dan minat yang sama iaitu susu! Setiap pautan dalam rantaian, dari cara perladangan yang mampan, penjagaan dan kaedah yang kami gunakan, mereka yang terlibat adalah satu unit yang tidak boleh dipisahkan dalam koperasi kami.

Kini kami adalah salah satu koperasi tenusu terbesar di dunia. Malah ahli-ahli kami menghasilkan dan memproses susu dan produk susu untuk dijual di lebih 100 negara seluruh dunia.

Agak hebat untuk sesuatu yang bermula dari permulaan yang serba rendah diri.