Search

Tentang Kami

Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) ditubuhkan pada tahun 1963 di Petaling Jaya, Selangor. Selama 60 tahun, kami menerapkan gaya hidup pengguna yang berubah dan berkembang untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka dengan lebih baik. Hari ini, DLMI adalah syarikat dengan 600 kakitangan menawarkan pelbagai jenis produk tenusu berasaskan susu berkualiti dan lazat,yang diedarkan di seluruh negara untuk membantu rakyat Malaysia kekal berkhasiat dan sihat untuk membantu mereka maju dalam kehidupan.

Gambaran Keseluruhan Syarikat

Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) adalah syarikat tenusu terkemuka dengan rangka kerja pengurusan multinasional yang memberikan fokus kepada kepentingan kehendak tempatan sebagai satu cara untuk terus berhubung dengan pengguna di Malaysia.
.

Penyataan Tujuan

Sebagai salah satu syarikat tenusu terkemuka di Malaysia, kami berusaha untuk menyediakan pemakanan yang bernutrisi untuk negara dan terus membantu membina Malaysia menjadi negara yang lebih kuat untuk generasi akan datang. Ianya membantu dalam memenuhi tujuan kami untuk Mengkhasiatkan Dunia dan Manusia Sejagat Dalam Setiap Peringkat Kehidupan.

Komitmen Halal Kami

Produk Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) adalah disahkan Halal oleh Bahagian Hub Halal dari Jabatan Kemajuan, Jabatan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Malaysia (JAIS)dan diiktiraf Badan Pensijilan Halal Luar Negara dan Pihak Berkuasa.

Proses pengilangan kami menunjukkan pemahaman bahawa makanan dan minuman Halal adalah penting kepada setiap pengguna Islam.

DLMI sangat komited untuk mendukung piawaian Halal dan mengekalkan keyakinan pelanggan dalam setiap barang yang dihasilkan di kilang DLMI. Sebagai pengilang produk tenusu Halal, pengeluaran kami adalah tertakluk kepada lawatan tapak yang rutin dan komprehensif oleh pegawai penguatkuasa JAKIM dan JAIS.

Setiap produk tempatan Dutch Lady tertera logo halal rasmi JAKIM pada peknya. Produk Dutch Lady yang diimport adalah disahkan Halal oleh Badan Pensijilan Halal asal di negara masing-masing yang diiktiraf oleh JAKIM.

Melangkaui pengesahan status halal produk, logo ini menyakinkan pengguna bahawa DLMI mematuhi amalan kebersihan yang ketat, daripada kebersihan pekerja dan pemprosesan kepada pengangkutan dan penyimpanan produk.

Ini bagi memastikan reputasi jenama kekal lama dan baik dalam pasaran yang berdaya saing.