Search

Polisi Hak Peribadi

Sila pastikan yang anda baca tentang polisi hak peribadi ini secara menyeluruh sebelum menggunakan atau menghantar sebarang maklumat ke laman web ini.

1. Penggunaan maklumat peribadi

Dutch Lady Milk Industries Berhad mengumpul maklumat pengenalan peribadi anda hanya apabila anda mengemukakan maklumat tersebut dengan kerelaan anda sendiri. (Maklumat pengenalan peribadi adalah sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenali atau menghubungi seseorang itu termasuklah maklumat-maklumat lain berkenaan seseorang itu)

Pengumpulan Maklumat Pengenalan Peribadi.

Dutch Lady Milk Industries Berhad collects personal identifiable information about you to provide services or to correspond with you only when you voluntarily provide such information. (Personal identifiable information is any information that can be used to identify or contact a specific individual and any other information about that individual.)

2. Pendedahan maklumat

Kami berhak mendedahkan makumat pengenalan peribadi yang telah anda berikan melalui e-mel atau medium lain kepada anak-anak syarikat di bawah FrieslandCampina samada di dalam atau luar negara yang bersetuju mengendalikan maklumat tersebut selaras dengan polisi hak peribadi ini.

Laman web ini mungkin mengandungi pautan atau rujukan ke laman-laman web yang lain; yang tidak diliputi oleh polisi hak peribadi ini. Pastikan anda membaca dan bersetuju dengan polisi hak peribadi di setiap laman web yang anda kunjungi.

Apabila anda menghantar maklumat melalui laman web ini, anda memberi kebenaran kepada Dutch Lady Milk Industries Berhad untuk mengumpul, mengguna dan mendedahkan maklumat anda, tertakluk kepada Polisi Hak Peribadi ini.

Dutch Lady Milk Industries Berhad berhak menukar atau memperbaharui polisi hak peribadi ini pada bila-bila masa sahaja. Sekiranya kami ada menukar sebarang polisi hak peribadi dan prosedur, kami akan memaklumkan perubahan tersebut di laman web kami supaya anda tahu apakah maklumat yang kami kumpul, bagaimana kami menggunakannya atau sebab-sebab kami mendedahkan maklumat tersebut. Sebarang perubahan dan pindaan akan berkuatkuasa serta-merta sebaik saja ia dipaparkan di laman web kami. Sila pastikan yang anda sentiasa maklum tentang sebarang pindaan berkenaan polisi ini terutamanya apabila anda memberikan sebarang maklumat pengenalan peribadi secara online.

Notis Pematuhan Syarat PDPA Dutch Lady Milk Industries Berhad

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini disebut sebagai “Akta tersebut”) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi untuk tujuan transaksi komersial, kami memberi anda notis seperti berikut (untuk tujuan notis bertulis ini, terma “data peribadi” dan “pemprosesan” hendaklah mempunyai maksud yang ditetapkan dalam Akta):

  1. Data peribadi anda yang sedang diproses oleh atau bagi pihak Dutch Lady dan data peribadi anda telah atau boleh dikumpulkan pada masa depan, dari maklumat yang anda telah beri kepada kami dalam apa-apa borang dan mana-mana dokumen Dutch Lady yang lain.
  2. Data peribadi yang diproses oleh kami termasuk nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, gambar, imej, perkongsian, testimoni dan maklumat lain. Kami ingin menegaskan bahawa apa-apa kegagalan untuk menyediakan data peribadi atau penarikan balik kebenaran anda untuk memberi dan untuk kami memproses data peribadi anda pada kemudiannya boleh mengakibatkan kami tidak dapat memproses data peribadi anda untuk Tujuan-Tujuan (seperti yang dinyatakan di bawah).
  3. Kami sedang memproses data peribadi anda, termasuk apa-apa maklumat tambahan yang mungkin anda berikan kemudian untuk tujuan-tujuan berikut (“Tujuan-Tujuan”):
    1. untuk memberikan kepada anda bahan dan maklumat pemasaran atau promosi;
    2. apa-apa tujuan lain, secara langsung atau tidak langsung yang berkaitan dengan tujuan di atas dan aktiviti-aktiviti Dutch Lady. (selepas ini disebut secara kolektif sebagai “Tujuan-Tujuan”)
  4. Maklumat peribadi anda mungkin dizahirkan kepada orang awam, syarikat induk kami, anak-anak syarikat, syarikat berkaitan dan/atau bersekutu, pemegang lesen, rakan kongsi perniagaan, pengedar dan/atau pembekal perkhidmatan (termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat undang-undang kami, juruaudit dan bank) untuk apa-apa Tujuan. Seterusnya, data peribadi anda mungkin akan dipindahkan ke lokasi-lokasi di luar Malaysia.
  5. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan terkini. Anda boleh mengakses dan memohon untuk membetulkan data peribadi anda, mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, atau menghubungi kami untuk apa-apa pertanyaan berkaitan dengan data peribadi anda seperti yang berikut:
    PIC: Dutch Lady Careline
    No. Telefon : 1-800-81-3855
    Alamat E-mel : dutchladycareline@frieslandcampina.com
  6. Kami berhak untuk tidak mematuhi permintaan anda untuk mengakses atau untuk membuat pembetulan ke atas data peribadi anda di bawah Akta tersebut dan sekiranya kami enggan mematuhi permintaan tesebut, kami akan memaklumkan kepada anda tentang keengganan kami berserta alasan-alasan kami.
  7. Apabila anda memberikan data peribadi anda atau maklumat mengenai orang lain kepada kami, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantik anda untuk bertindak bagi pihak mereka, untuk bersetuju bagi memproses data peribadi mereka dan untuk menerima notis perlindungan data bagi pihak mereka.
  8. Sekiranya terdapat sebarang ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia ke atas Notis ini, maka versi Bahasa Inggeris akan digunakan.