Search

Nutrien Dan Kesihatan

SUSU LEMBU BERBANDING ALTERNATIF BERASASKAN TUMBUHAN.
APA PERBEZAANNYA?

Adakah semua susu sama? Label ini menceritakan fakta-fakta menarik.

*Nilai pemakanan berdasarkan satu cawan hidangan

FAKTA Susu lembu secara semula jadinya kaya dengan nutrisi dan menawarkan nutrisi asas termasuk kalsium, vitamin B2 dan kalium.

Alternatif berasaskan tumbuhan tidak sentiasa mempunyai nutrisi semula jadi yang sama.

FAKTA Susu lembu tiada aditif makanan.

Alternatif berasaskan tumbuhan mempunyai ramuan tambahan seperti garam, gula, penstabil, pengemulsi dan banyak lagi.

FAKTA Susu lembu menyediakan protein berkualiti tinggi yang baik untuk badan.

Protein daripada susu mangandungi 9 asid amino asas yang diperlukan badan setiap hari untuk memastikan badan kekal sihat. Ini termasuk pembentukan jisim tulang dan otot-otot yang menggalakkan tumbesaran. Alternatif berasaskan tumbuhan hanya menyediakan protein yang tidak lengkap.

FAKTA Susu lembu secara semula jadinya kaya dengan kalsium.

Alternatif berasaskan tumbuhan tidak mengandungi kalsium. Kalsium dalam susu lembu memainkan peranan penting dalam membantu fungsi dan mekanisme badan. Ia menyumbang kepada pembentukan tulang dan gigi yang kuat, dan memastikan otot-otot berfungsi. Kalsium juga mambantu neurotransmisi normal, darah beku dan fungsi enzim pencernaan.

Malaysia Food Composition Database, Dutch Lady Purefarm Pasteurised Fresh Milk | Australia's Own, Soy Milk Unsweetened | Australia's Own, Almond Milk Unsweetened | Australia's Own, Coconut Milk Unsweetened | Pure Harvest, Oat Milk | Milk Life.com, Dairy vs. Non-Dairy Milk: What's the Difference? | FrieslandCampina Institute, The Goodness of Dairy | Ministry of Health Malaysia, RNI: Recommended Nutrient Intakes for Malaysia, 2017

PERBANDINGAN JENIS-JENIS SUSU:
SUSU PENUH KRIM BERBANDING RENDAH LEMAK BERBANDING SKIM

Setiap jenis susu dihasilkan menggunakan teknik pengasingan dan pencampuran untuk menghapuskan kandungan lemak sebelum susu dibotolkan atau dibungkuskan. Namun, walau apa pun peratusan lemak susu yang menjadi pilihan anda, setiap jenis susu masih mengandungi nutrien penting yang sama.

Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia, Garis Panduan Pemakanan untuk Kanak-kanak dan Dewasa di Malaysia, 2013 | The Dairy Alliance, Health Benefits of Dairy.

MEMAHAMI SUSU FORMULA DAN SUSU TEPUNG

Ketahui bagaimana susu formula dan susu tepung dibuat dan kesesuaiannya.

JENIS-JENIS SUSU

Susu Tepung Berformula/Susu Tepung untuk TumbesaranSusu Tepung Berformula/Susu Tepung untuk Tumbesaran untuk kanak-kanak direka khas untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 9 tahun. Biasanya ia diperoleh daripada susu lembu atau haiwan lain. Susu ini kemudiannya diperkaya dengan vitamin dan mineral yang sesuai untuk kanak-kanak.

Kesesuaian/Penggunaan | Untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 9 tahun

Susu Tepung Penuh KrimSusu atau susu campuran semula di mana air telah dikeluarkan untuk menjadi susu tepung. Susu Tepung Penuh Krim mengandungi lemak susu minimum 26% yang berasal daripada lembu.

Kesesuaian/Penggunaan | Untuk penggunaan rumah, memasak dan penyediaan makanan.

Susu Tepung Isian Susu Tepung Isian seakan dengan Susu Tepung Penuh Krim sama dari segi kandungan, rupa, sifat dan tujuan penggunaan. Lemak susu dalam Susu Tepung Isian telah digantikan sepenuhnya atau sebahagiannya jumlahnya dengan minyak sayur boleh makan atau lemak sayur atau gabungan kedua-duanya.


Susu Tepung Isian dihasilkan supaya ia mudah larut apabila dicampurkan dengan cecair, lalu menjimatkan masa. Susu Isian Tepung ini juga biasa dikenali sebagai Susu Tepung Segera.

Kesesuaian/Penggunaan | Untuk penggunaan rumah, memasak dan penyediaan makanan.

Susu Tepung MaltSusu Tepung Malt dihasilkan daripada gandum atau bijirin dan minyak sayur. Susu Tepung Malt merupakan alternatif untuk Susu Tepung Penuh Krim.

Kesesuaian/Penggunaan | Digunakan untuk membuat minuman berperisa malt dan sebagai ramuan berperisa dalam masakan.
Rujukan: Food and Agriculture Organization of the United Nations, CODEX Alimentarius | Ministry of Health Malaysia, Food Regulation 1985

GULA DAN MAKANAN KITA

Gula kebiasanya merujuk kepada monosakarida dan disakarida seperti sukrosa, dekstrosa, glukosa, galaktosa dan fruktosa. Ia terdapat secara semula jadi dalam makanan atau boleh ditambahkan ke dalam makanan semasa menyediakannya.

Laktosa adalah gula semula jadi dalam susu dan produk tenusu. Ia merupakan sejenis karbohidrat yang apabila dihadam, ia diserap dengan perlahan ke dalam badan anda. Laktosa yang tidak dihadam membantu badan kita dalam penyerapan mineral seperti kalsium, magnesium dan zink. Gula semula jadi dalam susu memberi tenaga untuk badan dan otak. Laktosa juga memberi kesan yang bermemanfaat kepada kesihatan perut dan pembentukan sistem imun.

Fruktosa adalah gula yang terhasil secara semula jadi dan biasa terdapat di dalam buah-buahan, madu dan sayu-sayuran berakar. Ia diserap terus ke dalam saluran darah ketika proses penghadaman dan tidak memberi kesan kepada penghasilan insulin atau aras glukosa dalam darah. Pengambilan fruktosa yang berlebihan mungkin meningkatkan risiko sindrom metabolisme dan penyakit hati berlemak.

Sukrosa adalah nama saintifik untuk gula. Ia adalah gula putih terhablur yang dihasilkan daripada sumber semula jadi seperti tebu atau bit gula. Biasanya ia dicampurkan pada makanan proses dan boleh dihadam dengan cepat. Kesimpulannya, pengambilan sukrosa boleh menyebabkan insulin dan aras gula dalam darah meningkat tinggi.

BBC Good Food, Sugar Explained, 18 January 2019 | Healthline.com, Sucrose vs Glucose vs Fructose: What's the Difference? 8 June 2018 | Healthline.com, How Much Sugar Is in Milk? 10 December 2019 | Health Designs.net, Natural vs Refined Sugar: Why the Difference Matters, 30 October 2017 | National Library of Medicine, Fructose and Sugar: A Major Mediator of Non-Alcoholic Fatty Liver Disease, 2018 | National Library of Medicine, Human Milk: Composition and Health Benefits, 2017 | Science Direct, Lactose and lactose derivatives as bioactive ingredients in human nutrition, May 2008 | Nutrients, The Importance of Lactose in the Human Diet: Outcomes of a Mexican Consensus Meeting, 12 November 2019