1. MITOS: Susu adalah menggemukkan
FAKTA: Pengambilan makanan tenusu seperti susu, keju dan yogurt sebanyak tiga hingga empat kali sehari dalam usaha mengamalkan pemakanan seimbang tidak bersaling kait dengan penambahan berat badan. Kebenarannya, kalori yang terkandung dalam susu lebih sedikit, serta sangat kurang lemak,lemak tepu dan gula berbanding dengan apa yang kebanyakan kita fikirkan.
2. MITOS: Susu rendah lemak pilihan lebih sihat
FAKTA: Setiap jenis susu, termasuk susu penuh krim dan rendah lemak dianggap sebagai makanan penuh nutrisi. Kebaikan dari segi kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan makanan tenusu dikaitkan dengan setiap jenis susu. Susu rendah lemak tidak disarankan untuk diberi kepada kanak-kanak berumur bawah 2 tahun kerana ianya mempunyai kandungan tenaga yang rendah. Manakala, susu penuh krim pula sesuai untuk mereka yang memounyai gaya hidup tertentu atau mereka yang gemarkan rasa berkrim.
3. MITOS: Jika anda mengambil tablet kalsium, anda tidak perlukan susu
FAKTA: Para pakar menasihatkan bahawa kalsium daripada sumber makanan semula jadi adalah lebih baik daripada tablet kalsium tambahan termasuk kalium, fosforus, magnesium, karbohidrat, protein, vitamin A, vitamin B12 dan zink.
4. MITOS: Susu berperisa adalah tidak bagus untuk kanak-kanak
FAKTA: Ramai kanak-kanak tidak makan makanan tenusu yang mencukupi. Susu berperisa memainkan peranan penting dalam membantu kanak-kanak memperoleh nutrisi yang diperlukan. Susu berperisa mengandungi nutrisi asas yang sama seperti susu biasa. Susu berperisa yang boleh didapati dalam pelbagai perisa juga membantu dalam memupuk tabiat minum susu yang sihat.
5. MITOS: Susu mengandungi pengawet (aditif)
FAKTA: Semua susu tidak mengandungi pengawet. Rawatan Suhu Tinggi (ultra-heat treatment – UHT) membunuh semua bakteria dan teknologi pembungkusan memastikan semua susu kekal segar dan stabil, walaupun tidak disimpan di dalam peti ais, sehingga 6 ke 12 bulan sebelum pek dibuka. Saksikan video ini untuk mengetahui bagaimana susu dirawat.
6. MITOS: Minuman susu alternatif seperti susu badam adalah lebih bagus daripada susu lembu
FAKTA: Secara prinsipnya, susu lembu merupakan pilihan yang lebih baik berbanding minuman badam. Susu adalah produk semula jadi yang mengandungi protein dan nutrisi lain seperti kalsium, vitamin B2 dan B12. Manakala, minuman badam mengandungi protein yang amat sedikit, dan biasanya perlu ditambah dengan vitamin dan mineral.
7. MITOS: Ramai di antara kita memngalami ketaktoleranan laktosa
FAKTA: Kajian menunjukkan bahawa ketaktoleranan laktosa berbeza mengikut individu. Satu kajian di Malaysia membuktikan 87% orang yang diuji adalah kekurangan laktosa, dan hanya 20% adalah tidak toleransi laktosa. Walaupun anda tidak toleransi laktosa, anda tidak perlu berhenti mengambil makanan tenusu serta merta. Susu sebanyak 250ml masih boleh diterima jika diambil dengan makanan lain sepanjang hari.