Search

SOALAN LAZIM MENGENAI TENUSU

ADAKAH SUSU MEMBANTU KEIMUNAN ANDA?

Ya, susu membantu sistem imun apabila ia menjadi sebahagian daripada diet harian anda. Susu dan produk susu disyorkan sebagai diet harian pada peringkat global. Ia mengandungi nutrien penting seperti protein, kalsium, vitamin B2 dan B12 yang mempunyai pelbagai fungsi yang berbeza untuk badan anda, kesemuanya menyokong kepada badan yang sihat. Sebagai contoh, protein, adalah bagus untuk tumbesaran dan pertumbuhan, dan membina otot-otot. Vitamin B12 pula membantu pembentukan sel darah merah. Sesetengah produk tensusu yang diperkaya dengan nutrisi seperti vitamin A dan D, yang juga dikenali dengan kebolehannya untuk membantu sistem imun.

ADAKAH SUSU LEMBU MENGANDUNGI HORMON?

Walaupun terdapat pelbagai hormon yang terbentuk secara semula jadi di dalam susu, kehadirannya biasanya adalah dalam kuantiti yang rendah, untuk memberi kesan biologi kepada pengguna.

ADAKAH SUSU TIDAK BAIK UNTUK JANTUNG?

Nutrisi adalah penting untuk memastikan jantung anda sihat. Secara amnya, pengambilan susu tepu yang banyak tidak baik untuk kesihatan jantung. Terdapat produk susu dan tenusu mengandungi lemak tepu. Namun, kajian telah membuktikan bahawa pengambilan produk tenusu, seperti susu, yogurt dan keju, mempunyai kesan neutral pada kesihatan jantung anda, bermaksud ianya tidak mengancam jantung anda.

ADAKAH LEMBU DISUNTIK DENGAN ANTIBIOTIK DAN HORMON TUMBESARAN?

Penggunaan antibiotik untuk merawat haiwan ternakan dikawal selia dengan ketat. Hormon tumbesaran dan penggunaan antibiotik adalah dilarang sama sekali. Undang-undang ini dikuatkuasakan dengan pemeriksaan yang teliti.

BOLEHKAH KETAKTOLERAN LAKTOSA TERBENTUK KETIKA DEWASA?

Ramai orang dilahirkan dengan kebolehan menghadam laktosa. Namun, ada juga kanak-kanak yang akan kehilangan kebolehan ini apabila mereka mencapai umur 6 hingga 8 tahun, menjadikan mereka tidak tahan dengan laktosa. Ada kalanya, ketaktoleran laktosa mula terbentuk di peringkat dewasa. Puncanya mungkin berbeza, seperti prosedur perubatan yang dialaminya (termasuk terapi radioaktif), tekanan, perubahan dalam mikroflora perut, jangkitan bakteria atau parasit ataupun pengurangan aktiviti enzim laktosa akibat penuaan.

ADAKAH SUSU TEPUNG BAGUS SEPERTI SUSU SEGAR?

Susu tepung dihasilkan melalu proses sembur kering yang mengasingkan air daripada susu. Nutrisi susu tepung kekal sama dengan susu segar. Susu tepung boleh dibancuh menjadi susu segar, hanya dengan mencampurkannya dengan air. Ia merupakan pilihan yang mudah dan tahan lama berbanding susu segar dan bermanfaat dengan pelbagai cara pangambilan.

ADAKAH SUSU DAPAT MEMANFAATKAN ORANG TUA?

Badan yang dalam proses penuaan mengalami pengurangan jisim otot dan tulang menjadi semakin lemah. Ini adalah proses fisiologi yang normal. Pengurangan jisim tulang boleh diperlahankan dengan melakukan aktiviti fizikal, pendedahan cahaya matahari (vitamin D) mengamalkan diet yang sihat dan pengambilan kalsium yang mencukupi. Untuk mengatasi pengurangan jisim otot secara semula jadi, adalah penting untuk seseorang melakukan aktiviti fizikal dan mengambil protein yang mencukupi untuk pembinaan otot. Susu adalah sumber yang bagus untuk kedua-dua protein dan kalsium.

Rujukan: Matter of Milk | Dairy Australia, You Ask. We Answer | Milk Life, Nutrition.