Search

COMPASS Kod Tatakelakuan Kami

Di Dutch Lady Milk Industries Berhad, kami dibimbing untuk menjalankan perniagaan dengan cara yang betul dan bertanggungjawab pada setiap masa, di setiap peringkat dan dalam setiap aspek usaha dan operasi kami. Kepercayaan, rasa hormat dan integriti adalah sebahagian daripada budaya korporat kami. Adalah sangat penting untuk kami semua mematuhi polisi dan kod tatakelakuan yang dibentuk untuk membentuk asas etika organisasi.

Garis panduan etika yang jelas disediakan untuk dirujuk oleh pekerja dan rakan perniagaan kami pada bila-bila masa. Hanya klik pada tab untuk dokumen lengkap.

KOD TATAKELAKUAN KAMI

Untuk menjalankan perniagaan yang baik, COMPASS dan polisi-polisi yang bersesuaian memberikan prinsip asas yang membimbing tingkah laku perniagaan dan pekerja kami dalam semua aktiviti perniagaan kami termasuk yang melibatkan pihak berkepentingan luaran seperti pelanggan dan pembekal. Pekerja terikat secara kontrak untuk mematuhi kod COMPASS untuk tatakelakuan perniagaan yang baik.

MENJALANKAN PERNIAGAAN
YANG JUJUR

Di Dutch Lady Milk Industries Berhad, kami memandang serius dalam melaksanakan “perniagaan jujur” dan tiada tolerasi ke atas sebarang keputusan atau tindakan yang bertentangan dengan kod dan polisi kami. Segala cara berniaga yang tidak betul atau tidak jujur, termasuk sebarang bentuk rasuah (langsung atau tidak langsung) dan pembayaran fasilitasi, dilarang sama sekali.

PROSEDUR SPEAK-UP

Kepercayaan kami dalam menjalankan perniagaan secara bertanggungjawab dan jujur merangkumi persekitaran yang selamat untuk sebarang pelaporan. Kakitangan digalakkan untuk melaporkan sebarang penyelewengan tanpa rasa takut atau pilih kasih. “Prosedur Speak-Up” membolehkan seluruh kakitangan dan pihak berkepentingan syarikat kami untuk melaporkan sebarang permasalahan berkaitan ketidakpatuhan terhadap COMPASS. Laporan boleh dibuat melalui mana-mana saluran berikut:

AMALAN PERNIAGAAN
UNTUK RAKAN NIAGA

Untuk mencapai hubungan perniagaan yang produktif dan kolaborasi yang berjaya adalah sangat penting agar pihak berkepentingan luaran kami juga mematuhi etika perniagaan. Oleh yang demikian, rakan perniagaan kami mengamalkan “Polisi Amalan Perniagaan untuk Rakan Perniagaan” kami.

LIABILITI KORPORAT SPRM

Syarikat telah mengambil langkah untuk memastikan ia mematuhi Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Seksyen 17A). Syarikat sentiasa mengambil langkah untuk memastikan polisi dan prosedur anti-rasuah dan korupsi sedia ada adalah mencukupi dan memenuhi Garis Panduan Tatacara Mencukupi seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 17A dan telah terus mengkaji dan menilai risiko rasuah dan prosedur untuk memastikan ia kekal cekap dan berkesan. Latihan, taklimat dan komunikasi mengenai topik tersebut disediakan kepada pekerja dan pihak berkepentingan untuk memastikan kepentingan dan signifikan peruntukan tersebut tidak diabaikan.