Langkau ke kandungan

Compass
Kod Tatakelakuan Kami

Di Dutch Lady Milk Industries Berhad, kami dibimbing untuk menjalankan perniagaan dengan cara yang betul dan bertanggungjawab pada setiap masa, di setiap peringkat, dan dalam setiap aspek usaha serta operasi kami. Kepercayaan, rasa hormat, dan integriti merupakan asas budaya korporat kami. Compass menyatakan tujuan, nilai, dan prinsip perniagaan kami, memastikan tingkah laku serta tahap etika setiap pekerja selaras dengan syarikat dan undang-undang. Beginilah cara kami memupuk integriti dan melaksanakan DAIRY dengan betul.

Garis panduan etika yang jelas disediakan sebagai rujukan untuk para pekerja dan rakan perniagaan kami pada bila-bila masa. Klik pada tab untuk melihat dokumen penuh.

Kod Tatakelakuan Kami

Untuk menjalankan perniagaan dengan baik, COMPASS dan polisi berkaitan menetapkan prinsip asas yang membimbing tingkah laku perniagaan kami. Semua pekerja, termasuk yang terlibat dengan pihak luar seperti pelanggan dan pembekal, terikat secara kontrak untuk mematuhi Kod COMPASS demi memastikan tatakelakuan perniagaan yang beretika.

Kami komited menjalankan perniagaan dengan cara yang betul dan tidak membenarkan sebarang bentuk tawaran atau penerimaan rasuah. Melalui peraturan ini, kami bertekad untuk memelihara kepercayaan pemegang kepentingan, pelanggan, serta pengguna, di samping melindungi reputasi baik syarikat.

Sebarang pemberian hadiah dan hospitaliti hanya boleh diterima jika sesuai serta dilaksanakan secara telus. Ia tidak boleh, dalam apa jua keadaan, mempengaruhi keputusan perniagaan kami. Semua keputusan perniagaan dibuat berdasarkan merit, bukan atas ihsan atau kepentingan peribadi.

Di Dutch Lady Milk Industries Berhad, kami menghargai persekitaran kerja yang saling menghormati, di mana setiap individu dilayan dengan profesional dan setiap perbezaan dihargai. Kami tidak membenarkan sebarang tingkah laku tidak wajar seperti membuli atau gangguan (“harassment”) di tempat kerja. Kami juga tidak menerima sebarang bentuk diskriminasi berdasarkan jantina, bangsa, umur, agama atau kewarganegaraan. Sebaliknya, kami menggalakkan komunikasi yang terbuka, jujur dan membina untuk memastikan syarikat menjadi tempat kerja yang positif dan hebat.

Kami komited menjalankan perniagaan secara bertanggungjawab dan jujur dengan menyediakan persekitaran pelaporan yang selamat. Semua kakitangan digalakkan untuk melaporkan sebarang salah laku atau penyelewengan tanpa rasa takut atau pilih kasih. “Prosedur Speak-Up” membolehkan semua kakitangan dan pihak berkepentingan membuat laporan tentang sebarang isu atau kebimbangan berkaitan ketidakpatuhan terhadap COMPASS. Laporan boleh dibuat melalui mana-mana saluran berikut:

Sila hubungi Pihak Pengurusan (untuk pekerja)
Emel kepada: businessconduct@frieslandcampina.com
Lapor secara tanpa nama menggunakan kaedah berikut yang tersedia 24/7:
– Perkhidmatan web: www.speakupfeedback.eu/web/t4616r

– Telefon: 0800 0222931 (gunakan kod akses 99993)

Untuk mencapai hubungan perniagaan yang produktif serta kolaborasi yang berjaya, adalah penting agar pihak berkepentingan luaran kami turut mematuhi etika perniagaan. Oleh itu, rakan perniagaan kami hendaklah mengamalkan “Polisi Amalan Perniagaan untuk Rakan Niaga”.

Syarikat telah mengambil langkah untuk memastikan pematuhan terhadap Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Seksyen 17A). Kami sentiasa memastikan dasar dan prosedur antirasuah serta antikorupsi yang ada adalah mencukupi dan selaras dengan Garis Panduan Tatacara Mencukupi yang ditetapkan di bawah Seksyen 17A. Syarikat juga berterusan menilai dan mengkaji risiko berkaitan rasuah serta memperkemas prosedur untuk memastikan ia kekal cekap dan berkesan. Latihan, taklimat, dan komunikasi mengenai topik ini turut diberikan kepada pekerja dan pihak berkepentingan bagi memastikan kepentingan dan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang ini tidak diabaikan.