Sari kata
Mengorak Langkah Kerjaya Anda
Budaya Kita
Serlahkan potensi semula jadi anda dan kekal setia kepada diri anda sambil kita membentuk masa depan tenusu bersama-sama.
Kami percaya kepada Kekuatan "Kami"
Sebagai sebuah koperasi, kerjasama merupakan asas kepada identiti kami. Pasukan kami sentiasa mengutamakan jalinan kerjasama yang dibina atas dasar kepercayaan dan rasa hormat — serta semangat yang menggerakkan kekuatan “Kami”. Kepelbagaian warga kerja kami, disertai dengan semangat individu dan komitmen kolektif, membentuk masa depan industri tenusu. Gabungan faktor ini menjadikan FrieslandCampina sebuah organisasi yang unggul untuk terus berkembang dan menyumbang.
Serlahkan Potensi Sebenar Diri Anda di FrieslandCampina
Sifat semula jadi anda mencerminkan siapa diri anda. Ia merangkumi nilai dan kepercayaan dalaman yang mendorong setiap tindakan anda — apa yang anda lakukan dan apa yang anda impikan dalam kehidupan. Inilah titik permulaan perjalanan kerjaya anda di FrieslandCampina. Di sini, anda berpeluang menyerlahkan potensi sebenar diri sambil kekal jujur terhadap identiti diri sendiri dan bersama-sama membentuk masa depan industri tenusu.
Ambil ujian ini untuk mengenali sifat semula jadi anda dan kongsi keputusan anda di LinkedIn dengan #UnleashYourNature.
Ambil ujian, temui sifat anda dan kongsi keputusan anda di LinkedIn dengan
Adakah anda benar-benar mengetahui apa yang memotivasikan diri anda setiap hari?
Ketahuinya sekarang! Pelajar dengan lebih mendalam tentang kepercayaan diri anda serta cara memanfaatkan sepenuhnya kehidupan dan kerjaya anda. Ambil ujian ini untuk mengenali sifat semula jadi anda dan kongsi keputusan anda di Likedin dengan
#UnleashYourNature.
Warga Kami
Pasukan kami mengamalkan profesionalisme dan kecemerlangan dalam persekitaran inklusif yang berteraskan pertumbuhan, di mana kejayaan dicapai bersama.
Tempat Kerja Kami
Kami meraikan setiap kejayaan, besar atau kecil, bersama sambil menghargai kepelbagaian budaya Malaysia melalui sambutan perayaan yang menyatukan kami sebagai satu pasukan.
Anugerah & Pengiktirafan
Majikan Terbaik Di Malaysia 2025
Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) bersinar sebagai Majikan Terbaik di Malaysia!
Kami telah berjaya mengukuhkan kedudukan dan sekali lagi dinobatkan sebagai Majikan Terbaik di Malaysia selama dua tahun berturut-turut, menzahirkan komitmen kami terhadap kecemerlangan. Daripada 20 syarikat yang diiktiraf di Malaysia dan lebih 2,400 di seluruh dunia, DLMI berdiri megah sebagai satu-satunya wakil industri tenusu negara yang menerima pengiktirafan berprestij ini. Pencapaian ini mencerminkan dedikasi kami dalam membangunkan tempat kerja bertaraf dunia, dipacu oleh dasar Sumber Manusia yang berwawasan serta amalan pengurusan insan (people practices) yang cemerlang.
Sijil pengiktirafan ini dianugerahkan oleh Top Employers Institute, yang menilai organisasi melalui Kajian Amalan Terbaik HR yang menyeluruh. Kajian ini merangkumi enam domain utama HR dan 20 topik, termasuk Strategi Modal Insan (People Strategy), Persekitaran Kerja (Work Environment), Pemerolehan Bakat (Talent Acquisition), Pembelajaran, Kepelbagaian, Kesaksamaan & Inklusiviti (Diversity, Equity & Inclusion), serta Kesejahteraan (Wellbeing).
Pencapaian ini merupakan bukti usaha kolektif seluruh warga DLMI. Bersama-sama, kami telah berjaya membina tempat kerja yang memupuk pertumbuhan berterusan, memperkasa pemimpin dan individu, serta mengembangkan budaya kerjasama dan kecemerlangan yang berterusan.
Jenama Terpilih dalam Tenusu
Most Chosen Brand in Dairy (Jenama Terpilih dalam Tenusu)
Dutch Lady telah diberi penghormatan dengan anugerah berprestij di Jejak Jenama KANTAR 2024. Pencapaian ini adalah bukti dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi untuk terus Menyuburkan Negara Kita.Jenama Tenusu Yang Paling Pesat Berkembang
Top Rising Brand in Dairy (Jenama Tenusu Yang Paling Pesat Berkembang)
Dutch Lady telah diberi penghormatan dengan anugerah berprestij di Jejak Jenama KANTAR 2024. Pencapaian ini adalah bukti dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi untuk terus Menyuburkan Negara Kita.Pencapaian Kami:
Sari kata
Peluang Kerjaya
Jadilah diri anda yang sebenar — di sinilah langkah pertama anda bermula bersama FrieslandCampina. Kami menghargai keunikan setiap individu, kerana setiap perbezaan menjadikan kita lebih kuat dan maju bersama. Di sini, anda akan menemui suasana kerja yang menyokong semua orang untuk menyerlahkan potensi terbaik dan keaslian diri masing-masing. Jika inilah nilai yang dekat di hati anda, teruskanlah menjadi diri anda yang sebenar. Sertailah kami dan maju bersama sebagai satu pasukan.