Sari kata
Petua & Resipi
Rumput ke Kaca
Friesland Campina mengurus seluruh rantaian, dari rumput yang dimakan oleh lembu, pemilihan lembu terbaik, penggunaan teknologi tercanggih, hinggalah ke pembuatan dan pengedaran produk tenusu. Dengan 145 tahun kepakaran dalam bidang penternakan tenusu, kami mampu menghasilkan dan membekalkan susu berkualiti tinggi.
Dalam erti kata lain, kami mengurus dan mengawal setiap peringkat dalam proses “rumput ke gelas”. Dari pemerahan susu lembu, memastikan kualiti di kilang dan seterusnya menghantar produk ke pasar raya dilakukan sepenuhnya oleh kami sendiri. Oleh itu, kami yakin dan bangga bahawa produk kami adalah yang terbaik kualitinya.
Kami memastikan bahawa susu kami mengandungi nutrien penting seperti Kalsium, Vitamin dan Protein. Nutrien-nutrien ini membantu setiap ahli keluarga memperolehi nutrisi yang seimbang untuk kekal sihat, bertenaga, dan bersedia untuk mencapai potensi sepenuhnya.
Di dalam Kaca
Resipi Berkhasiat dengan Dutch Lady
Nikmati koleksi resipi yang menggabungkan manfaat berkhasiat susu Dutch Lady ke dalam hidangan yang lazat dan sesuai untuk semua peringkat umur