Langkau ke kandungan

Perhubungan Pelabur

Dutch Lady Milk
Industries Berhad

Di Dutch Lady Milk Industries Berhad, kelestarianadalah sebahagian daripada asas perniagaan kami, disepadukan ke dalam 7 teras selaras dengan Tujuan kami, Menyuburkan Planet dan Insan Kami dalam Setiap Peringkat Kehidupan.

Ditubuhkan sejak tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) telah menyejahterakan generasi rakyat Malaysia dengan kebaikan tenusu yang sentiasa dipercayai. Dipandu oleh tujuan kami iaitu “Menyejahterakan Planet Kita dan Manusia pada Setiap Peringkat Kehidupan,” kami komited untuk menyediakan produk tenusu yang berkhasiat, berkualiti tinggi, lestari dan Halal yang menyokong kesejahteraan keluarga di semua peringkat umur yang bermula daripada kanak-kanak kecil hingga warga emas.

Pelbagai produk kami dibangunkan dengan teliti untuk memenuhi keperluan pemakanan unik setiap kumpulan umur. Sama ada susu membesar untuk kanak-kanak kecil, susu berformulasi untuk pelajar sekolah, atau minuman berasaskan susu untuk dewasa dan warga emas, DLMI memberdayakan rakyat Malaysia untuk membuat pilihan pemakanan yang lebih baik setiap hari.

Kesemua produk DLMI adalah diperakui Halal dan kami mematuhi sepenuhnya undang-undang Malaysia serta piawaian keselamatan makanan global bagi memastikan setiap langkah dalam rantaian pengeluaran kami menghormati keperluan budaya, agama dan peraturan. Ini mencerminkan komitmen kami yang berterusan terhadap integriti, keselamatan dan kepercayaan pengguna.

Kami mengamalkan piawaian yang ketat dan bertanggungjawab dalam memasarkan pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil dengan mematuhi sepenuhnya Kod Etika Kementerian Kesihatan untuk Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan. Di peringkat dalaman, kami telah mewujudkan dasar korporat khusus serta garis panduan jelas “Do’s & Don’ts”, disokong dengan latihan, sistem pemantauan dan langkah pembetulan bagi memastikan pematuhan penuh terhadap peraturan kebangsaan serta kod WHO.

Seiring dengan inisiatif kerajaan, DLMI aktif menyertai kerjasama awam-swasta bagi memperkukuh pemakanan komuniti. Melalui Kajian Pemakanan Asia Tenggara (SEANUTS), kami telah menyumbang kepada kajian komprehensif mengenai status pemakanan kanak-kanak di Malaysia. Dapatan berharga ini telah membantu dalam pembaharuan formulasi produk kami agar lebih menepati keperluan diet kanak-kanak di Malaysia.

Sejak tahun 2011, DLMI telah menjadi rakan teguh dalam Program Susu Sekolah dengan mengedarkan berjuta-juta pek susu kepada murid di seluruh negara. Inisiatif ini menyerlahkan komitmen jangka panjang kami dalam meningkatkan pemakanan kanak-kanak serta menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan murid sekolah. (Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Susu Sekolah)

Di DLMI, janji kami melangkaui sekadar membekalkan tenusu berkualiti. Ia adalah ikrar sepanjang hayat untuk memberi nutrisi secara bertanggungjawab, membangunkan produk berasaskan sains bagi setiap peringkat kehidupan, serta bertindak dengan integriti—berpegang teguh pada nilai yang kami yakini demi kesejahteraan rakyat dan komuniti ketika kami terus Mengkhasiati Rakyat Malaysia.