Sari kata
Program Susu Sekolah
Bekerjasama Dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pengenalan kepada Program Susu Sekolah
Program Susu Sekolah Kebangsaan Malaysia, yang dikenali sebagai Program Susu Sekolah (PSS), telah dilancarkan secara rasmi pada tahun 1983 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia diperkenalkan sebagai inisiatif tambahan kepada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1979, dengan tujuan memupuk tabiat pemakanan sihat agar para pelajar kekal cergas dan bertenaga.
Objektif
Untuk meningkatkan status pemakanan dan kesihatan keseluruhan kanak-kanak sekolah Malaysia, terutamanya mereka yang daripada latar belakang kurang berkemampuan, melalui pengambilan susu yang kerap.
Kumpulan Sasaran
Program Susu Sekolah ini terutamanya menyasarkan pelajar di sekolah rendah kerajaan terpilih di seluruh Malaysia, biasanya daripada golongan berpendapatan rendah, Orang Asli, dan pelajar kurang upaya fizikal.
Mekanisme
• Setiap murid yang terpilih menerima 200ml susu pada setiap hari persekolahan.
• Produk susu dibekalkan terus ke sekolah. Pihak sekolah bekerjasama dengan pembekal dan pejabat pendidikan daerah untuk menguruskan penghantaran serta pemantauan.
Penglibatan Kami Dalam Program Susu Sekolah
Menjelang 2025, sokongan kami diperluas lagi hingga ke sekolah luar bandar di Sarawak, memastikan komuniti yang paling terpencil turut mendapat manfaat daripada inisiatif penting ini. Teras usaha kami adalah komitmen mendalam untuk menyuburkan minda dan badan anak-anak muda, sambil terus membentuk generasi masa depan rakyat Malaysia yang lebih sihat, cerdas dan kuat.
Pendidikan Pemakanan
Apakah maksud Logo Pilihan Lebih Sihat pada pembungkusan produk Susu Dutch Lady?
Inisiatif Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia memainkan peranan penting dalam membimbing pengguna untuk membuat pilihan pemakanan yang lebih sihat.
Apabila pengguna melihat logo ini pada produk makanan atau minuman, mereka boleh yakin bahawa produk tersebut memenuhi Kriteria Pilihan Lebih Sihat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Susu yang dibekalkan di bawah Program Susu Sekolah mengandungi:
- Lebih daripada 150mg Kalsium setiap 100ml
- Tiada gula tambahan untuk susu biasa
- Kandungan gula keseluruhan kurang daripada 7g (termasuk laktosa) setiap 100ml untuk susu berperisa
- Sumber Vitamin B2, A, B12 dan kaya dengan Vitamin D
Apakah Keperluan Nutrisi
yang diperlukan untuk memenuhi Logo HCL?
•Penyataan HCL mesti dipaparkan di bawah Logo HCL. Tiada saiz dan format fon khusus untuk penyataan tersebut tetapi ia perlu mudah dibaca.
•Tidak termasuk formula bayi, semua makanan tujuan khas, FMPC & sebarang produk susu yang disasarkan kepada kumpulan tertentu. Produk HCL tidak boleh dilabel atau dipromosikan dalam apa jua cara yang akan mempromosikan produk di bawah skop kod etika untuk pemasaran makanan bayi & produk berkaitan secara langsung atau tidak langsung.
1. Produk mesti mengandungi kuantiti minimum salah satu nutrien yang disenaraikan. Rujuk kepada nilai nutrien tertentu seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran I.
2. Merujuk kepada keju keping yang diproses.
Fakta Menarik!
Tahukah anda bahawa BUKAN SEMUA produk SUSU adalah sama?
Pek susu sekolah kami dengan bangganya memaparkan logo “Pilihan Lebih Sihat” dan Akuan Berkhasiat.
Dan ini bukan sekadar kata-kata kosong tau, ianya telah diluluskan secara rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia!
Apakah
Akuan Berkhasiat?
“Akuan Berkhasiat” bermaksud makanan tersebut menyediakan rangkaian nutrien penting yang seimbang, termasuk karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral. Untuk melayakkan diri, ia mestilah:
• Menyediakan lebih daripada 40 kcal setiap 100g atau 20 kcal setiap 100ml.
• Mengandungi sekurang-kurangnya 5g protein setiap 100g.
• Merangkumi sekurang-kurangnya 4 vitamin dan 2 mineral (tidak termasuk sodium) dalam jumlah yang memenuhi kriteria.
Berapa banyak pek susu yang telah kami edarkan?
Para Pelajar
Rakan Kongsi
Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pasukan kami
Encik Hisham Shariff
Ketua Hal Ehwal AwamCik Umy Marshita
Eksekutif Hal Ehwal Awam