Langkau ke kandungan

Sari kata

Cara Kitar Semula

Di Dutch Lady Milk Industries Berhad, kelestarianadalah sebahagian daripada asas perniagaan kami, disepadukan ke dalam 7 teras selaras dengan Tujuan kami, Menyuburkan Planet dan Insan Kami dalam Setiap Peringkat Kehidupan.

Mari Menyuburkan

Bumi Kita.

Selesai mengkhasiati diri kita? Sekarang mari kita teruskan “nutrien” itu kepada bumi kita. Jadikan dunia lebih hijau dengan mengitar semula setiap kotak minuman Dutch Lady®. Beri ia peluang kedua dalam kehidupan. Ingatlah, ia bukan sampah, tetapi sumber berharga yang apabila digabungkan, mampu membawa perubahan besar kepada bumi, kehidupan, dan generasi akan datang.

Kenali yang Boleh Dikitar Semula

Pek minuman kami
boleh dikitar semula.

Pastikan straw ditolak masuk semula/penutup diskru semula pada pek susu sebelum anda mengitar semulanya.

Bagaimana untuk Kitar Semula? 1-2-3-mula!

Langkah mudah sebelum memasukkan pek minuman ke dalam tong kitar semula.

Gerakkan Tetikus untuk Lihat Lebih Lanjut

Langkah mudah sebelum memasukkan pek minuman ke dalam tong kitar semula.

Sentuh untuk Lihat Lebih Lanjut

Brik Karton – Pek Hidangan

Brik Karton – Pek Hidangan Berganda

Penutup Segi Tiga (Gable Top)

Botol Plastik

Langkah Kecil untuk Memelihara
Bumi

Lihat bagaimana usaha kecil anda boleh memberi nafas baharu kepada bahan buangan.

Kehidupan Baharu Kotak Minuman

Hantar

Letakkan karton di pusat pengumpulan terdekat anda.

Pengasingan

Karton ini akan dicampur dengan air dan dikisar untuk asingkan bahan-bahannya.

Pulpa Kertas/
Polimer & Aluminium

  • Kertas dikeringkan dan ditekan jadi gentian berkualiti tinggi atau kayu.
  • Polimer dan aluminium dipadatkan untuk kegunaan lain.

Tujuan

  • Kertas boleh dijadikan pelbagai produk baharu.
  • Polimer & aluminium digunakan untuk membuat panel dan bumbung rumah.