Katina Nurani Binti Abd Rahim
Ketua Bahagian Undang-undang dan Setiausaha Syarikat
Katina Nurani Binti Abd Rahim
Ketua Bahagian Undang-undang dan Setiausaha Syarikat
Umur 50, Warganegara Malaysia (Perempuan)
Tarikh Pelantikan: 6 April 2018
Kehadiran Mesyuarat Lembaga Pengarah pada 2024: 4/4
Jawatan Pengarah dalam Syarikat Tersenarai Awam: Nil
Kelayakan Akademik/Profesional:
- LLB (Kepujian), Universiti Nottingham, United Kingdom
- Kursus Vokasional Bar, Universiti Wales, Cardiff, United Kingdom
- Barrister-at-Law England & Wales (Lincoln’s Inn)
- Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya
- Setiausaha Syarikat Berlesen
Pengalaman Kerja:
Cik Katina telah diterima sebagai Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 1999 dan selepas itu beliau beramal di beberapa firma guaman di Kuala Lumpur sebelum menyertai Usaha Tegas Group sebagai Penasihat Undang-undang pada tahun 2005. Kemudian, beliau bertugas di Lafarge Malaysia Berhad dari Mac 2011 hingga Mac 2018 di mana beliau merupakan Ketua Penasihat bagi perniagaan Simen dan Drymix dan Setiausaha Syarikat. Beliau kemudiannya menyertai Syarikat sebagai ketua Bahagian Undang-undang & Setiausaha Syarikatpada 15 Mac 2018dan menjadi ahli Pasukan Pengurusan Syarikat pada 1 Oktober 2024.Beliau ialah setiausaha syarikat berlesen di bawah Seksyen 20(G) Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001.