Michelle Yong
Katina Nurani Binti Abd Rahim
Ketua Bahagian Undang-undang dan Setiausaha Syarikat
Umur 38, Warganegara Malaysia (Perempuan)
Dilantik: Mac 2026
Kelayakan Akademik/Profesional:
- Ijazah Sarjana Muda Kewangan Gunaan, University of South Australia
- Ijazah Sarjana Psikologi Gunaan dalam Coaching, Universiti HELP
- Pengamal NLP
- Associate Certified Coach (ACC)
- Pengamal Healing
- Lean Six Sigma (Green Belt)
Jawatan Pengarah Semasa dalam Syarikat Awam Lain dan Penerbit Tersenarai: Tiada
Pengalaman Kerja:
Michelle ialah seorang pemimpin Sumber Manusia yang berpengalaman luas, dengan lebih 10 tahun pengalaman merentasi sektor barangan pengguna (FMCG), minyak dan gas, serta pembuatan. Beliau mempunyai kepakaran dalam reka bentuk organisasi dan pembangunan bakat, serta rekod terbukti dalam membangunkan organisasi bagi syarikat global terkemuka seperti Shell dan BASF.
Beliau juga dikenali atas keupayaan dalam menjalin kerjasama strategik serta menerajui inisiatif pengurusan perubahan. Kepakaran beliau dalam bidang ini telah mendapat pengiktirafan menerusi anugerah Emas dan Gangsa bagi kategori Pengurusan Perubahan di Malaysia HR Excellence Awards. Semasa bersama Shell, beliau memainkan peranan penting dalam melaksanakan semakan model operasi Sumber Manusia yang diunjurkan berupaya menjana penjimatan kos sehingga 20%.
Sebelum menyandang jawatan semasa, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Serantau, Portfolio & Teknologi Sumber Manusia (APAC) di BASF serta Global HR Business Partner di Shell, dengan menerajui pelbagai projek transformasi yang menyokong pencapaian perniagaan.