Anda inginkan sarapan pagi yang lazat lagi berkhasiat tetapi tidak mempunyai masa? Berikut adalah resipi telur dadar yang mudah. Kini anda boleh memuaskan keinginan anda dalam masa 5 minit dengan resipi telur dadar gebu kami yang dibuat dengan Susu Penuh Krim Dutch Lady kegemaran anda. Lagipun, siapa yang tidak suka telur dadar yang gebu dan licin berkrim untuk sarapan pagi?
Walaupun anda membuatnya buat kali pertama, anda masih boleh mendapatkan telur dadar yang gebu jika anda mengikut beberapa peraturan mudah. Apabila anda menuang campuran telur, cuba gunakan spatula untuk menggerakkan telur ke tengah kuali. Cuba sengetkan kuali supaya sebarang campuran yang tidak dimasak tersebar rata di seluruh kuali dan telur dadar anda masak dengan sempurna.
Bahan-bahan
2 biji telur
2 sudu besar Susu Penuh Krim Dutch Lady
1 sudu besar mentega
Garam, secukup rasa
Serbuk lada sulah
Pilihan inti e.g.: keju, hirisan tomato, cendawan yang telah dimasak (pilihan)
Herba untuk hiasan (pilihan)
Langkah Demi Langkah
Langkah 1
Pecahkan telur ke dalam mangkuk adunan dan pukul sehingga bertukar kuning pucat.
Langkah 2
Panaskan kuali tumis tidak melekat berdasar tebal bersaiz 6 hingga 10 inci di atas api sederhana rendah. Masukkan mentega dan biarkan ia cair.
Langkah 3
Apabila mentega di dalam kuali sudah cukup panas, tuangkan telur dan biarkan telur masak sehingga satu minit atau sehingga bahagian bawah mula mengeras.
Langkah 4
Dengan menggunakan spatula getah tahan panas, tolak perlahan-lahan satu sisi telur ke bahagian tengah kuali. Pada masa yang sama, sengetkan kuali untuk membiarkan telur yang masih cair mengalir ke bawahnya. Ulangi langkah ini pada bahagian sisi yang lain, sehingga tiada lagi telur yang masih cair.
Langkah 5
Jika anda menambah inti, sekarang adalah masa yang sesuai. Sudukan inti pada separuh daripada telur dadar.
Langkah 6
Dengan spatula anda, angkat satu sisi telur dan lipat omelet menjadi separuh. Masak selama satu minit lagi, pastikan ia tidak terlalu masak.
Langkah 7
Pindahkan telur dadar yang sudah siap ke pinggan dengan berhati-hati. Hiaskan dengan herba segar.
Langkah 8
Hidangkan dan nikmati!