Langkau ke kandungan

1 JAM

2 HIDANGAN

Teh Masala Aromatik

Dibuat dengan Susu Tepung Penuh Krim Dutch Lady

Mencari kehangatan untuk memulakan hari anda? Nikmati secawan teh masala panas untuk memulakan pagi anda dengan bertenaga! Teh masala meningkatkan sarapan pagi anda ke tahap yang lebih tinggi, menggabungkan khasiat Susu Tepung Penuh Krim Dutch Lady dengan kehangatan daripada rempah ratus.

Ia sangat mudah untuk dibuat dan menambahkan rasa yang mendalam yang menghangatkan jiwa. Ia juga sangat sesuai dipadankan dengan biskut dan roti, menjadikannya minuman sarapan yang sempurna.

Teh masala ialah makanan ruji di kebanyakan rumah tangga India dan biasanya dibuat dalam kuantiti yang lebih besar untuk dinikmati oleh seluruh keluarga. Cara terbaik untuk menikmati secawan teh masala adalah dengan berkongsinya dengan orang tersayang. Cubalah hari ini dan ubah hidup anda selama-lamanya!

Bahan-bahan

3 sudu besar Susu Tepung Penuh Krim Dutch Lady

2 sudu teh daun teh

2 buah pelaga

2 kuntum bunga cengkih

Kayu manis

2-3 sudu teh gula

Halia (pilihan)

Langkah Demi Langkah

Langkah 1

Kisar buah pelaga, bunga cengkih dan kayu manis sehingga menjadi serbuk campuran rempah yang halus.

Langkah 2

Tuangkan Teh, 1 sudu teh campuran rempah dan gula ke dalam air dan rebus sehingga berbau harum. (pilihan, tambahkan sehiris kecil halia).

Langkah 3

Sudukan sedikit teh ke dalam cawan dan tambahkan Susu Tepung Penuh Krim Dutch Lady untuk rasa berkrim.

Langkah 4

Kacau campuran susu untuk menghilangkan sebarang ketulan dan masukkan semula campuran ke dalam periuk.

Langkah 5

Rebus selama 3-4 minit lagi atau sehingga teh bertukar menjadi gelap.

Langkah 6

Tapis teh untuk membuang semua daun dan rempah dan hidangkan di dalam mug.

KONGSI:

Resipi Terkini