Perlukan snek berkhasiat lagi menyegarkan semasa berada di rumah ketika cuaca panas? Cubalah Aiskrim Pops Dutch Lady ini, resipinya semudah 1-2-3. Mari kalahkan bahang dengan aiskrim pops buatan sendiri yang mudah ini! Anda boleh mencuba resipi aiskrim pops ini bersama anak-anak anda di rumah untuk aktiviti keluarga yang menyeronokkan.
Cuba resipi ini dengan susu Dutch Lady pilihan anda dan anda boleh menghias aiskrim pops ini dengan mencelupkannya ke dalam sos Coklat kegemaran anda, taburan konfeti, kacang atau pun cebisan buah-buahan. Cubalah sekarang dan kongsikan hasilnya dengan kami.
Bahan-bahan
Susu Dutch Lady pilihan anda
Batang aiskrim kayu atau sudu
Langkah Demi Langkah
Langkah 1
Potong sedikit di bahagian bawah pek susu Dutch Lady kegemaran anda.
Langkah 2
Masukkan batang aiskrim kayu atau sudu.
Langkah 3
Bekukan karton di dalam peti sejuk anda selama sekurang-kurangnya 3 jam.
Langkah 4
Selamat Mencuba!