Mulakan hari anda dengan kuat bersama susu Dutch Lady, untuk memastikan anda sekeluarga mendapat nutrien yang mencukupi.
Rasa asli Susu Segar Dutch Lady yang padat dengan nutrien seperti Protein, Kalsium dan Vitamin B2 sememangnya tiada tandingan. Jadi, tidak kira apa jua cara anda menikmatinya, sama ada minum begitu sahaja, bersama biskut kegemaran atau bijirin pada waktu pagi, susu adalah minuman yang sempurna buat anda sekeluarga.
Susu Segar Dutch Lady tersedia dalam 3 format (UHT, Steril dan Dipasteur) dan saiz pek yang berbeza bagi memenuhi keperluan harian isi rumah untuk menyempurnakan hari anda.