Search

Program Pembangunan Tenusu

Dutch Lady Milk Industries Berhad dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Malaysia bersama-sama dengan Kedutaan Belanda telah bekerjasama sejak 2008 untuk membantu peladang tenusu tempatan menjadikan perniagaan mereka lebih mampan. Melalui Program Pembangunan Tenusu (DDP),kami telah membantu peladang tenusu tempatan meningkatkan pengeluaran susu mereka dari segi kualiti dan jumlah serta membantu memastikan kelestarian bekalan susu kepada kami. Kami adalah pembeli susu segar tempatan terbesar di Malaysia.

Dengan hubungan erat dengan peladang tenusu Belanda kami, kami juga telah menganjurkan program Farmer2Farmer (F2F), dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti susu serta keseluruhan piawaian perladangan kepada komuniti penternakan tenusu Malaysia.

Selama bertahun-tahun, DDP menunjukkan peningkatan kualiti dan jumlah susu yang dihasilkan.

Mengenai Program
Farmer2Farmer

Program Farmer2Farmer adalah
kerjasama antara FrieslandCampina N.V. dan Dutch Lady Milk Industries Berhad, dan disokong sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Ini adalah sebahagian daripada
Program Pembangunan Tenusu (DDP), dibawah naungan Kedutaan Kerajaan Belanda. Ianya dilancarkan pada tahun 2013, program ini dirangka untuk membantu para peladang tenusu tempatan menghasilkan susu berkualiti tinggi dengan jumlah yang lebih banyak untuk memastikan kelangsungan bekalan susu untuk kita.

Latihan Farmer2Farmer pertama
di Malaysia dijalankan pada tahun 2013 di ladang Melaka dan Perak dengan tujuan untuk perkongsian maklumat untuk peningkatan kualiti dan meningkatkan jumlah susu segar yang dihasilkan secara tempatan. Peladang tenusu dari Belanda dibawa ke Malaysia untuk bertemu dengan peladang tenusu tempatan terpilih untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran untuk membantu mereka meningkatkan dan
menyesuaikan teknik penternakan tenusu mereka.

Memberi Kembali Untuk Memajukan Masyarakat
Dutch Lady Milk Industries Berhad percaya dalam menjalin dan menjaga hubungan baik dengan pengguna, pelanggan, pemegang saham, pembekal, rakan niaga, organisasi dan komuniti tempat kami beroperasi. Mengakui sepenuhnya dan tetap komited dalam menjalankan perniagaan kami dengan penuh tanggungjawab sambil memberi sumbangan kepada masyarakat.