Search

Resipi

Susu semestinya lazat dan bernutrisi, tetapi selain menjadikannya gabungan klasik bersama bijirin, susu sebenarnya adalah ramuan serba guna yang boleh digunakan dalam pelbagai hidangan. Cubalah resipi lazat ini untuk merasai kebaikan susu Dutch Lady dalam pemakanan seharian anda untuk meningkatkan protein dan kalsium.

Aiskrim DIY

Bahan-bahan

  • ¾ cawan gula putih
  • 1 cawan krim putar
  • 2 ¼ cawan susu biasa Dutch Lady atau susu berperisa pilihan anda
  • 2 sudu kecil ekstrak vanila

Langkah

  • 1Kacaukan gula, krim dan susu ke dalam periuk di atas api kecil sehingga larut dan buih kecil mula muncul di sekitar tepi periuk.
  • 2Pindahkan campuran krim ke dalam bekas seperti cawan penyukat yang besar. Masukkan ekstrak vanila dan sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 2 jam, sejukkan semalam juga lebih baik.
  • 3Tuangkan campuran aiskrim yang sejuk tadi ke dalam pembuat aiskrim, hidupkan mesin, dan putar mengikut arah yang ditetapkan, selama lebih kurang 25-30 minit.
  • 4Apabila aiskrim telah lembut dah sejuk, hidangkan segera atau terus bungkus dengan plastik dan letakkan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
  • 5Hidangkan dan selamat menjamu!