Search

Resipi

Susu semestinya lazat dan bernutrisi, tetapi selain menjadikannya gabungan klasik bersama bijirin, susu sebenarnya adalah ramuan serba guna yang boleh digunakan dalam pelbagai hidangan. Cubalah resipi lazat ini untuk merasai kebaikan susu Dutch Lady dalam pemakanan seharian anda untuk meningkatkan protein dan kalsium.

Pankek Coco-Lover’s(Saiz hidangan: 6 orang)

Bahan-bahan

  • 2 biji kuning telur
  • 2 biji putih telur, dipukul
  • 3 sudu besar gula
  • 1 ½ cawan susu berperisa coklat Dutch Lady (315ml), masukkan lebih jika adunan begitu likat
  • 3 sudu besar mentega, dicairkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • 1 ½ cawan tepung (185g)
  • ¼ cawan serbuk koko (30g)
  • 2 ½ sudu kecil serbuk penaik
  • 3 ½ oz coklat (105g), dicincang halus
  • 1 sudu besar mentega, atau minyak masak
Ganache Coklat
  • 1 cawan krim putar (240ml)
  • 8 oz cip coklat (175g)
  • Raspberi, untuk hiasan

Langkah

  • 1Campurkan kuning telur dan gula ke dalam mangkuk bersaiz besar dan pukul sekata, masukkan susu semasa memukul.
  • 2Masukkan putih telur yang telah dipukul tadi dengan teliti. (Lebih baik gunakan sudu.)
  • 3Masukkan dan campurkan vanila dan mentega yang telah dicairkan.
  • 4Di dalam mangkuk besar yang lain, masukkan tepung yang telah diayak, serbuk koko dan serbuk penaik.
  • 5Bentukkan lubang kecil di tengah-tengah adunan dan tuangkan susu dan campuran telur. Gaul sehingga adunan lembut.
  • 6Masukkan coklat yang telah dicincang halus. Biarkan adunan seketika selama 15-20 minit.
  • 7Untuk membuat ganache, panaskan krim putar tanpa membiarkan ia mendidih.
  • 8Matikan api, kacau dengan cip coklat sehingga sebati.
  • 9Di atas api perlahan, tuanglan ¼ cawan (60ml) adunan pankek ke dalam kuali yang telah diletakkan minyak.
  • 10Apabila permukaan pankek mula berbuih, terbalikkan dan masak selama satu minit di kedua-dua bahagian.
  • 11Apabila pankek sudah siap, curahkan ganache coklat di atas pankek. (jika ganache mengeras semasa anda sedang membuat pankek, anda boleh panaskannya di dalam ketuhar selama 15-20 saat.)