Search

Resipi

Susu semestinya lazat dan bernutrisi, tetapi selain menjadikannya gabungan klasik bersama bijirin, susu sebenarnya adalah ramuan serba guna yang boleh digunakan dalam pelbagai hidangan. Cubalah resipi lazat ini untuk merasai kebaikan susu Dutch Lady dalam pemakanan seharian anda untuk meningkatkan protein dan kalsium.

Roti Pisang Overnight Oats (Saiz hidangan: 1 orang)

Bahan-bahan

  • ½ cawan quaker rolled oat (40g)
  • 100ml susu segar Dutch Lady
  • 50g yogurt rendah lemak asli Dutch Lady
  • ½ biji pisang, dihiris
  • ¾ sudu kecil ekstrak vanila
  • ⅕ cawan kacang pecan (15g), dicincang

Langkah

  • 1Campur semua bahan kecuali pisang dan kacang pecan ke dalam balang bersih pilihan anda.
  • 2Kacau semua hingga sebati.
  • 3Hiaskan dengan hirisan buah pisang dan kacang pecan.
  • 4Tutup dan sejukkan semalaman.
  • 5Selamat menjamu selera!