Search

Resipi

Susu semestinya lazat dan bernutrisi, tetapi selain menjadikannya gabungan klasik bersama bijirin, susu sebenarnya adalah ramuan serba guna yang boleh digunakan dalam pelbagai hidangan. Cubalah resipi lazat ini untuk merasai kebaikan susu Dutch Lady dalam pemakanan seharian anda untuk meningkatkan protein dan kalsium.

Puding Biji Chia bersama Pisang & Strawberi (Saiz hidangan: 4 orang)

Bahan-bahan

  • 1 biji pisang, dilenyek
  • ½ cawan greek yogurt (140g)
  • 1 cawan susu rendah lemak kalsium tinggi Dutch Lady (240ml)
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • ¼ cawan biji chia (40g)
  • 1 cawan buat strawberi (150g), dipotong dadu

Langkah

  • 1Lenyekkan buah pisang di dalam mangkuk bersaiz sederhana.
  • 2Campurkan buah pisang yang telah dilenyekkan tadi bersama greek yogurt dan kacau sekata.
  • 3Tuangkan susu, ekstrak vanila, biji chia bersama buah strawberi yang dihiris dan kacau sehingga sebati.
  • 4Tuangkan campuran adunan ke dalam bekas kedap udara dan sejukkan selama 4 jam.
  • 5Hidangkan sebagai pencuci mulut dan hiaskan dengan hirisan buah pisang dan strawberi.
  • 6Selamat menjamu selera!