Search

Resipi

Susu semestinya lazat dan bernutrisi, tetapi selain menjadikannya gabungan klasik bersama bijirin, susu sebenarnya adalah ramuan serba guna yang boleh digunakan dalam pelbagai hidangan. Cubalah resipi lazat ini untuk merasai kebaikan susu Dutch Lady dalam pemakanan seharian anda untuk meningkatkan protein dan kalsium.

Makaroni dan keju tanpa bakar (Saiz hidangan: 4 orang)

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung
  • 1.5 cawan air
  • 2 cawan susu penuh krim Dutch Lady
  • 1/2 paun pasta kering
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk mustard
  • 2-3 cawan (16-10 auns) keju cheddar yang telah dikisar
  • 1/4 cawan keju Parmesan yang telah dikisar

Cara-caranya:

  • 1Cairkan mentega di dalam mangkuk dengan api sederhana besar. Masukkan tepung dan kacau rata, masak selama 1 minit, dan teruskan kacau sekali-sekala.
  • 2Tuangkan air dan susu secara beransur-ansur, kacau sehingga sebati.
  • 3Masukkan pasta dan gaul bersama garam, serbuk bawang putih dan serbuk mustard sehingga sebati dan masak sehingga mendidih. Kurangkan api kepada sederhana kecil dan biarkan ia sederhana mendidih. Teruskan memasak, kacau sekali-sekali selama lebih kurang 9-10 minit atau sehingga pasta lembut. Matikan api dan angkat, kacau keju sehingga cair. Tambah perasa dengan garam dan lada hitam jika perlu.
  • 4Selamat menjamu selera!