Telur Dadar 5 Minit
Bahan-bahan
- 2 biji telur
- 2 sudu besar susu penuh krim Dutch Lady
- 1 sudu besar mentega
- Garam, secukup rasa
- Lada hitam, secukup rasa
- Inti pilihan anda, seperti keju, potongan tomato, cendawan yang dimasak (pilihan)
- Herba untuk hiasan (pilihan)
Langkah
- 1Pecahkan telur dan ke dalam mangkuk campuran dan pukul sehingga kekuningan.
- 2Panaskan bahagian bawah kuali tahan lekat dengan kelebaran 6 hingga 10 inci di atas api sederhana kecil. Masukkan mentega dan biarkan ia cair.
- 3Apabila mentega di dalam kuali telah cair, tuangkan telur ke dalam kuali dan biarkan ia masak selama satu minit atau sehingga bahagian bawah telur masak.
- 4Dengan sudip getah tahan panas, perlahan-lahan tekan tepi telur ke tengah permukaan kuali, sambil memiringkan kuali untuk membiarkan telur yang masih cair mengalir dibawahnya. Lakukan secara berulang kali sehingga tiada telur yang masih cair tertinggal.
- 5Sekiranya anda menambahkan inti, lalukan pada masa ini. Masukkan inti di atas setengah telur dadar.
- 6Angkat sebelah telur dan lipatkan telur dadar menjadi dua menggunakan sudip. Masakkan selama lebih kurang 1 minit, pastikan ia tidak terlalu masak.
- 7Pindahkan telur dadar ke atas pinggan dengan teliti. Hiaskan dengan ramuan segar.
- 8Hidangkan dan selamat menjamu!