Search

Resipi

Susu semestinya lazat dan bernutrisi, tetapi selain menjadikannya gabungan klasik bersama bijirin, susu sebenarnya adalah ramuan serba guna yang boleh digunakan dalam pelbagai hidangan. Cubalah resipi lazat ini untuk merasai kebaikan susu Dutch Lady dalam pemakanan seharian anda untuk meningkatkan protein dan kalsium.

Pankek Kurma Pisang Mama

Bahan-bahan

  • 1 ½ cawan tepung gandum (jika anda tiada tepung gandum, boleh guna tepung serba guna juga!)
  • 2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil kayu manis
  • 1 cubit garam
  • 1 biji pisang besar yang ranum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu berperisa Kurma Dutch Lady
  • ¼ cawan yogurt lemak rendah asli Dutch Lady
  • 1 sudu kecil esen vanila

Langkah

  • 1Campurkan tepung gandum, serbuk penaik, serbuk kayu manis dan garam ke dalam mangkuk besar.
  • 2Lenyekkan pisang di dalam mangkuk kecil yang berasingan. Masukkan telur, susu berperisa Kurma Dutch Lady, greek yogurt dan vanila. Kacau sehingga sebati.
  • 3Kemudian, masukkan bahan basah dan kacau perlahan sehingga sebati dan tiada ketulan kering yang tertinggal. Pastikan anda tidak kacau terlalu lama atau pankek anda akan jadi keras!
  • 4Panaskan kuali dengan api sederhana, cairkan sedikit mentega atau guna semburan minyak masak tahan lekat untuk menyelaputi kuali.
  • 5Masukkan ¼ cawan aduan ke dalam kuali. Masak sehingga permukaan berbuih. Terbalikkan dan dan masak selama 1-2 minit lagi. Ulang sehingga adunan habis.
  • 6Hidangkan dengan sirap mapel atau hiasan yang anda suka. Sekiranya tidak dihidangkan segera, biarkan pankek sejuk sepenuhnya dan simpan di dalam bekas dan peti sejuk. Pada waktu pagi untuk sahur, letakkan pankek anda di atas pinggan, tutupkan dengan tisu kertas dan panaskan di dalam ketukar selama 30 saat.