Search

Resipi

Susu semestinya lazat dan bernutrisi, tetapi selain menjadikannya gabungan klasik bersama bijirin, susu sebenarnya adalah ramuan serba guna yang boleh digunakan dalam pelbagai hidangan. Cubalah resipi lazat ini untuk merasai kebaikan susu Dutch Lady dalam pemakanan seharian anda untuk meningkatkan protein dan kalsium.

Roti Bakar Strawberi Keju (Saiz hidangan: 2 orang)

Bahan-bahan

Bancuhan telur
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu penuh krim Dutch Lady (240ml)
  • 1 sudu besar ekstrak vanila
  • 1 sudu besar serbuk kayu manis
Inti
  • 115g krim keju, dihangatkan
  • 2 sudu besar ekstrak vanila
  • 2 sudu besar jus lemon
  • ¾ cawan krim putar (180ml)
  • 1 ½ cawan buah strawberi (225g), dipotong dadu
  • ½ cawan gula
Hiasan
  • Gula halus/Gula serbuk
  • Sirap mapel atau madu

Langkah

  • 1Pukul telur, serbuk kayu manis, vanila dan susu bersama di dalam mangkuk sederhana besar untuk membuat bancuhan telur.
  • 2Di dalam mangkuk sederhana, satukan krim keju, vanila, gula, jus lemon dan krim putar untuk membuat adunan kek keju.
  • 3Ambil 2 keping roti, potongkan menjadi bentuk hati dan sapu rata adunan kek keju di kedua-dua belah bahagian.
  • 4Letakkan hirisan buah strawberi di atas kedua-dua bahagian, dan tekan bersama.
  • 5Rendamkan kepingan roti ke dalam bancuhan telur tadi.
  • 6Cairkan mentega di dalam kuali dengan api sederhana kecil dan masak selama 2-3 minit atau sehingga garing dan keperangan.
  • 7Hiaskan dengan buah strawberi dan serbuk gula. Curahkan sirap mapel atau madu, mengikut citarasa anda.
  • 8Selamat menjamu selera!